suria

Nak jadi pensyarah tak dapat, graduan selempang ‘pink’ UiTM buat bisnes baju... Gaya ‘low profile’, rupanya pemilik Ruccimodisch!

Ramai terkejut apabila mengetahui Rufaihah adalah pemilik jenama pakaian popular.

HATI siapa yang tidak pilu apabila kecundang di saat kerjaya idaman hampir pasti dalam genggaman.

Malah disebabkan kegagalan yang dialami, terdapat individu yang mengalami kemurungan sehingga menjejaskan kesihatan.

Tidak terkecuali bagi Rufaihah Ishak yang turut mengalami kekecewaan selepas terkandas dalam temuduga kerja pertama bagi jawatan pensyarah pada Disember 2022.

Mengakui dia menangis selama sebulan disebabkan gagal menggapai cita-citanya, ibu kepada tiga cahaya mata ini akhirnya akur dengan ketentuan Allah.

Malah dia bersyukur kerana keluarga dan suaminya tidak lekang memberi kata-kata semangat supaya dia terus berusaha untuk mencapai impian.

"Pada awal tu suami berat hati apabila saya cakap nak mohon (jawatan pensyarah) tapi selepas saya yakinkan, dia akhirnya bersetuju dan membantu apa yang patut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 10A SPM kembali kejar cita-cita selepas perkahwinan di usia 18 tahun gagal, masih ‘power’ sekali interview terus dapat biasiswa

ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun cari kerja, pergi banyak temuduga... satu pun tak berjaya! Anak Selangor di Sarawak harap ada sinar di hujung jalan

"Apabila dipanggil temuduga, memang rasa gembira sangat... saya bagi komitmen sepenuhnya untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan.

"Tapi apakan daya, saya tidak berjaya menempatkan diri malah semasa menghadirinya, saya sudah agak 'senior' berbanding calon lain yang rata-ratanya 20-an," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Disebabkan ingin mengetahui siapa yang berjaya menjawat jawatan berkenaan, Rufaihah memuatnaik status di media sosial berhubung perkara tersebut.

Dia merupakan anak kelahiran Klang, Selangor.

Dia merupakan anak kelahiran Klang, Selangor.

Akhirnya anak kelahiran Klang, Selangor ini terkejut selepas mengetahui individu yang berjaya menyandang jawatan tersebut adalah seorang lepasan universiti yang tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja dan hanya berkelulusan ijazah.

"Saya ingatkan pesaing ada master dan sedang sambung doktor falsafah yang berjaya tapi rupanya bukan... selepas diselidiki, rupa-rupanya graduan baharu," ujarnya yang berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam jurusan Peruncitan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Merasakan graduan baharu itu tidak layak, dia menceritakan situasi ketika temuduga kerja berlangsung.

Dia hanya copy and paste ayat saya sebab itu tak jangka dia yang dapat.

RUFAIHAH

Menurutnya, enam calon memasuki bilik yang sama dan duduk berhadapan panel penemuduga.

"Apabila diminta memperkenalkan diri, saya adalah orang pertama yang menjawab termasuk kesemua soalan yang diajukan... dan saya menjawabnya dengan baik.

"Masa ini saya terangkan sudah ada bisnes tetapi minat untuk menjadi pensyarah serta meneruskan cita-cita.

Rufaihah merupakan graduan kelas pertama jurusan peruncitan UiTM Shah Alam.

Rufaihah merupakan graduan kelas pertama jurusan peruncitan UiTM Shah Alam.

"Individu tersebut berbeza, dia hanya copy and paste ayat saya sebab itu tak jangka dia yang dapat. Mungkin juga sebab dia graduan baharu dan sesuai dengan gaji yang ditawarkan," luahnya sayu.

Meskipun masih berharap dapat mencapai cita-citanya itu, wanita berusia 34 tahun enggan terus dibelenggu kesedihan.

Dia kembali bangkit dan merencanakan perniagaan pakaian yang telah dimulakan sejak 2012 iaitu selepas tamat pengajian ijazahnya, supaya berkembang lebih besar.

Pada Februari lalu dia mula mengaktifkan diri dengan menghasilkan beberapa rekaan dan koleksi Hari Raya Aidilfitri.

Bersama suami dan tiga anak perempuannya.

Bersama suami dan tiga anak perempuannya.

Umpama rezeki terpijak, setiap rekaan yang dihasilkan di bawah jenama Ruccimodisch mendapat sambutan baik sehingga menjadi tular.

"Saya ditemubual rancangan televisyen popular serta akhbar arus perdana. Gembira sangat dan Alhamdulillah masa tu, semua koleksi saya habis terjual.

"Bayangkan dalam tempoh sejam, kira-kira 200 pasang baju terjual," ceritanya yang memulakan perniagaan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai modal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberi kata-kata semangat dan berkongsikan kisah mereka yang pernah berhadapan situasi sama.

Dia akan turun sendiri ke kilang bagi mencari material kain yang cantik dan sesuai untuk setiap koleksi rekaannya.

Dia akan turun sendiri ke kilang bagi mencari material kain yang cantik dan sesuai untuk setiap rekaannya.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui Rufaihah adalah pemilik sebenar Ruccimodisch.

"Pernah beli Ruccimodisch since secondary school. Sekarang sudah hampir masuk 30 series, baru tahu ni owner.

"Tunggu... awak owner dia? Love baju dia.

"Awak owner this brand? Haritu jumpa tanya tentang pre-order baju putih belum sampai... lupa nak ambil gambar bersama," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain