SEIRING dengan peredaran zaman, boleh dikatakan ketika ini sudah banyak kemudahan yang disediakan dengan menggunakan teknologi serba canggih. Selain bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia, objektif utamanya adalah untuk memudahkan urusan seharian orang ramai. Salah satu contoh terdekat yang boleh disaksikan hari ini adalah kaedah membuat pesanan makanan di kebanyakan restoran dengan menggunakan mesin layan diri ataupun sistem imbasan kod. Namun begitu, tidak semua orang mampu mengadaptasi pembaharuan berkenaan serta memerlukan bantuan untuk berurusan. Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang individu ketika dia mengunjungi sebuah restoran makanan segera, baru-baru ini. "Baru terjadi depan mata saya. Saya faham mungkin staf tak cukup nak ambil order dekat kaunter tapi staf sepatutnya alert jika orang tua yang nak order. "Mereka sepatutnya datang terus bertanya untuk order dekat mesin. Tak pun, suruh je dulu pergi dekat mesin dan dalam masa yang sama, mereka monitor pakcik atau makcik tu reti atau tidak buat order. Kebanyakan restoran makanan segera kini tidak lagi mengambil pesanan makanan di kaunter. Gambar hiasan. "Kalau terkial, tolonglah panggil balik orderkan dekat kaunter. Kalau dekat kaunter betul-betuk tak boleh ambil order, panggil helper staf lain minta tolong order dekat machine sekejap. "Kesian saya tengok pakcik tadi terkial lama depan mesin, lepas tu apabila orang beratur belakang dia, dia bagi orang lain, dia tengok orang buat. Sampai turn dia balik, dia masih terkial," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Mat Bangla terpinga-pinga tak reti pesan di mesin, lelaki bengang staf restoran langsung tak tolong... “Dia pun customer” ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik rancak main tekan-tekan kiosk McD, siap berjoget depan mesin! Siapa nak bayar total harga lebih RM17,000? Tambah individu tersebut, disebabkan kesukaran untuk membuat pesanan sendiri dan tiada yang tampil menghulurkan pertolongan, warga emas berkenaan akhirnya berlalu keluar. "Pakcik tu nak makan je. Kenapa nak susahkan orang-orang yang tak reti dengan mesin. Apa salahnya ambil satu order daripada orang yang tak reti dengan gajet," luahnya lagi. Menceritakan lebih lanjut, individu berkenaan yang menjadi saksi kejadian itu berkata, dia tidak mampu tampil ke depan dan menghulurkan bantuan kerana mempunyai 'social anxiety disorder'. Pernah terjadi juga dulu. Padahal customer tak ramai pun. Saya tolong order sambil jeling dekat staf yang ada dekat situ dan perli. NETIZEN "Sebelum orang tanya kenapa saya tak bantu, saya sebenarnya mempunyai social anxiety disorder sejak saya trauma ketika kecil. Terutamanya bersama pakcik-pakcik ekoran pernah diganggu secara seksual daripada seseorang berpangkat pakcik waktu kecil beberapa kali. "Tapi jauh di dasar hati saya rasa nak tolong tapi saya tak boleh sebab certain reason yang buat trauma saya triggered. "Minta maaf pakcik saya tak dapat bantu tadi. Semoga pakcik dapatlah jumpa tempat makan yang senang pakcik nak order berbanding order menerusi mesin," ujarnya. Individu itu menambah, perkongsian kisah berkenaan adalah kerana mahu menyebarkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan untuk bersikap cakna dalam memudahkan urusan golongan yang memerlukan. Coretan kisah tersebut yang dikongsikan semula di akaun Twitter personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya hingga kini meraih lebih 900 ulang kicau. Antara komen netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama. Menjengah ruangan komen pula, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati dengan pakcik berkenaan malah mereka turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa. "Pernah terjadi juga dulu. Padahal customer tak ramai pun. Saya tolong order sambil jeling dekat staf yang ada dekat situ dan perli. Entahlah diorang dengar ke tak. Sakit hati tengok. "Pernah jadi kat wife aku, orang depan dia tak reti guna dan wife tolong. Kalau kat restoran yang aku pergi mostly ada staf dekat mesin tolong guide siapa yang tak tahu. "Tapi kalau satu lagi restoran ni, tak pernah jumpa staf tolong guide, setiap masa nak harap customer lain yang tolong ke macam mana? "Saya pernah juga tolong order dekat orang tua yang tak tahu guna mesin layan diri. Lepas tu saya cakap kuat-kuat 'tak guna staf ramai dalam kedai tapi seorang pun tak boleh nak bantu," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube