suria

Pandai-pandai suap susu badan! Wanita berang kenalan rapat acah nak jadi ibu susuan, ‘breastfeeding’ anak tanpa kebenaran

Afieqah kecewa apabila kenalan rapat menyusu anaknya tanpa meminta keizinan terlebih dahulu.

PILU hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya disusukan kenalan rapat tanpa kebenaran.

Kejadian berlaku sewaktu pempengaruh (influencer) Afieqah Hasanah dan suaminya Faka mengadakan majlis aqiqah sempena kelahiran putera sulung mereka, Muhammad Hayder Farish pada minggu lalu.

Menurut Afieqah dalam hantaran di TikTok, dia tidak menyangka kebimbangan mengenai keselamatan anak yang diluahkan ramai ibu bapa di media sosial turut terjadi kepadanya.

"Apabila ingat kembali saya jadi stres sampai rasa nak menangis. Sebelum ni kita cuma tengok orang post tentang tak mahu orang luar cium dan peluk anak sebab takut macam-macam penyakit.

Afieqah bersama anaknya Hayder. -Foto TikTok Afieqah

"Tak sangka saya kena... orang direct breast feeding anak tanpa izin saya. Yang buat tu juga orang terdekat dengan saya. Sampai sekarang saya dah rasa macam tiada kepercayaan dekat orang.

"Dia direct breast feeding sebelum majlis berlangsung," ujarnya penuh kesal dalam video berkenaan.

Menurut cerita Afieqah lagi, ia berlaku sewaktu dia sedang sibuk menguruskan majlis yang bakal berlangsung sebelum wanita yang dimaksudkannya secara tiba-tiba meminta untuk menjaga Hayder.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu masuk wad, abang ‘angkut’ adik ke sekolah siap bawa beg lampin! Di kelas belajar sambil suap susu, dodoi sampai tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dah 6 bulan, bekalan susu badan penuh freezer... wanita cari bayi lelaki, tawar diri jadi ibu susuan - “Baby girl pun boleh tapi jangan lima kali kenyang”

Namun, dengan tidak semena-mena wanita yang diberikan kepercayaan ini menyusukan anak Afieqah tanpa pengetahuan dan keizinannya.

"Masa tu saya tengah sibuk angkat barang. Apabila dia sampai terus minta Hayder, saya terus bagi sebab orang terdekat. Tak sangka pula dia boleh buat bukan-bukan.

"Masa tengah angkat barang tu saya nampak dia tengah buat something (toleh) ke belakang dekat surau tu. Rupanya dia tengah susukan anak saya. Saya dah marah dia kau ni memang bab*.

afieqah_1

Ketika sambutan Hari Raya baru-baru ini. -Foto TikTok Afieqah

"Alasan dia sebab anak saya menangis. Padahal Hayder baru lepas menyusu dengan saya. Jadi saya memang tak boleh terima alasan dia tu.

"Mak mana yang boleh terima anak dia direct breast feeding oleh orang lain sedangkan dekat mak dia sendiri ada susu badan," katanya.

Ujar Afieqah, bukan sekali tetapi lebih dua kali wanita ini 'kantoi' sesuka hati menyusukan Hayder tanpa keizinannya.

Walaupun sudah seminggu insiden itu berlaku, perkara berkenaan masih bermain difikiran Afieqah.

Tapi sebab tu susu badan dia, banyak faktor kita kena fikir... kesihatan dan kebersihan.

AFIEQAH HASANAH

Baginya, walaupun niat wanita itu baik namun dia lebih mementingkan isu kesihatan anaknya yang masih kecil.

"Hayder ada mak dan ayah tapi dia boleh buat sesuka hati dia je. Mungkin apabila orang dah ada perasaan (ada anak), dia boleh buat sesuka hati dekat anak orang lain.

"Kalau dia berikan susu formula saya tak ada masalah. Tapi sebab tu susu badan dia. Banyak faktor kita kena fikir... kesihatan dan kebersihan. Tak tahulah apa yang dia fikir masa tu.

"Memang saya cakap, saya tak akan maafkan dia sebab ini berkaitan anak saya. Benda lain saya boleh lagi maafkan. Tapi benda ni jadi darah daging," luanya pada pengakhiran video.

Komen netizen di TikTok.

Hingga kini luahan Afieqah itu meraih lebih 1.7 juta jumlah tontonan di TikTok.

Rata-ratanya turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepadanya malah turut kecewa dengan wanita yang bertindak menyusukan anak Afieqah.

"Sakit hatinya aku dengar ni! Faham sangat... kalau aku pun tak sanggup. Tiba-tiba ada ibu susuan baharu.

"Tak pernah dibuat orang. Kalau baby menangis, aku lagi pass bayi tu kat mak dia.

"Aku belum kahwin pun rasa macam luluh hati seorang mak sebab tiba-tiba orang pergi menyusu," komen beberapa netizen.

Sebagai peringatan, ulama fiqh menyatakan bahawa seorang perempuan makruh menyusukan kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri tanpa sebarang keperluan yang mendesak.

Hal ini dihuraikan secara panjang lebar dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan topik ibu susuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain