KISAH kanak-kanak maut akibat strok haba baru-baru ini cukup membimbangkan ramai pihak terutama ibu bapa tentang keselamatan anak mereka. Justeru Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan arahan larangan sebarang aktiviti luar termasuk kokurikulum murid dan pelajar sekolah bagi mengelak serangan strok haba. Namun di sebalik larangan itu, tular pula kisah seorang ibu mendakwa anaknya yang berusia tujuh tahun didenda berjemur di bawah panas terik pada pukul 2 petang di sebuah sekolah di Johor. Dakwaannya itu disokong menerusi satu kilp video yang dikongsikan di TikTok. Masalah strok haba sememangnya satu hal yang membimbangkan apatah lagi terhadap pelajar di sekolah. -Gambar hiasan Difahamkan hukuman berjemur itu diambil gara-gara pelajar berkenaan tiba lewat 10 minit di sekolah. Bagi si ibu, tindakan tersebut dianggap keterlaluan ketika negara sedang berdepan musim cuaca panas melampau sejak akhir-akhir ini. "Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga-jaga pada musim panas ni... anak aku selamba je ustazah denda jemur tengah cuaca panas. Atas alasan anak aku lambat ke sekolah. Sudahlah dipulaukan, diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar-pelajar lain. "Disidainya anak aku seorang diri bawah panas terik pukul 2 petang sedangkan ustazah tu pandai pula berteduh bawah koridor. ARTIKEL BERKAITAN: Menangis balik sekolah, ibu terkedu anak beritahu kena ‘pulau’... puncanya tak pandai cakap Melayu! - “Sorry sayang mama” ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam baka Kelantan! Bijak semua subjek, ada alasan tersendiri lemah B.Melayu - “Sebab saya orang Kelate” "Makan hati juga aku yang tengok anak baru berusia tujuh tahun darjah 1 kena denda macam tu, terkontang kanting seorang diri di bawah panas terik," katanya penuh kecewa. Tambah wanita berkenaan, guru di sekolah terbabit sepatutnya bertimbang rasa dan boleh memilih untuk menghukum pelajar untuk berdiri di kawasan teduh berbumbung. "Agak-agaklah kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa kau jemur anak aku tengah panas terik! Apalah b***h sangat pemikiran... akal ada tak guna ke? "Waktu pembelajaran masih belum bermula..semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih dalam perhimpunan," katanya lagi. Maaf ya, dah tak boleh sabar tengok anak aku kena denda macam tu. IBU Walau bagaimanapun menurut wanita berkenaan, sewaktu menyaksikan kejadian itu di depan mata, dia memilih untuk tidak masuk campur lebih-lebih lagi ketika perhimpunan sedang berlangsung. Tegas wanita itu lagi, anaknya tiba lewat ke sekolah bukanlah disengajakan kerana dia sendiri peka terhadap peraturan yang ditetapkan. Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan kepada semua golongan pendidik agar melayan pelajar seperti anak sendiri lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja memasuki alam persekolahan. "Maaf ya, dah tak boleh sabar tengok anak aku kena denda macam tu. Depan-depan mata aku kena sidai tengah panas macam tu. Dekat rumah aku hidupkan aircond 24 jam, kau pandai-pandai sidai anak aku tengah panas. Risaunya dengan kes strok haba sekarang. Wanita berkenaan menjawab salah satu komen netizen. "Bukan sengaja-sengaja aku nak hantar lambat, anak aku lambat bersebab. Aku bukan ibu yang bodoh tak tahu peraturan sekolah. Takkan lambat 10 minit menyebabkan anak dah tak boleh hadir ke sekolah terus pada hari itu. "Jadi warga pendidik ni kena peka, kena bijak dan ada jiwa. Pandang budak tu macam anak kau sendiri. Budak tu baru darjah 1. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yang sebenar. "Banyak cara lagi kau boleh denda kenapa cara b***h juga kau pilih? Salah ke kalau kau denda bawah tempat teduh macam kau berteduh bawah koridor? Kau pandai cari tempat teduh nak berucap," ujar si ibu lagi. Si ibu menerima panggilan daripada guru besar berikutan dakwaannya. Hingga kini hantaran tersebut menerima lebih 2.4 juta jumlah tontonan di TikTok selepas dimuat naik sejak 7 Mei lalu. Susulan itu kini kes berkenaan kini sedang disiasat pihak berkaitan dan laporan lengkap berhubung dakwaan tersebut dijangka diperoleh awal minggu depan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid. berkata, hasil siasatan awal bagaimanapun mendapati dakwaan yang tular itu dipercayai kerana kelemahan komunikasi di antara pihak sekolah dan ibu bapa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube