suria

Wanita jadi ‘penasihat’ kaum isteri bab layan batin suami... kongsi teknik seks, kisah dalam kelambu! Ramai desak pihak berkuasa ambil tindakan

Ramai menggesa wanita tersebut dikenakan tindakan kerana menghasilkan kandungan dianggap mengandungi kelucahan melampau.

KECOH di media sosial mengenai desakan warga maya yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap seorang wanita, gara-gara konten yang dihasilkannya dianggap mengandungi unsur kelucahan melampau secara terbuka.

Wanita tersebut ligat membuat konten di platform Facebook dan TikTok berkaitan tugas serta peranan isteri dalam rumah tangga khususnya soal nafkah batin.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut didakwa mencipta sebuah grup khusus di Telegram, 'Isteri Batin Idaman Suami' yang dijadikan sebagai tempat para suami isteri meluahkan masalah berkaitan hubungan intim serta medium untuknya menasihati golongan berkenaan.

Apa yang mengejutkan, perbualan ahli grup berkenaan ternyata terlalu terbuka bercerita mengenai perkara yang berlaku 'dalam kelambu' tanpa tapisan, yang secara tidak langsung bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Paparan perbualan ahli-ahli grup berkenaan dikongsikan oleh seorang pelayar di Twitter sebagai bukti.

telegram

Paparan daripada perbualan ahli grup Telegram mengenai masalah hubungan intim dengan pasangan masing-masing.

"Dia ni siap buat group Telegram kononnya nak bagi motivasi pasal rumah tangga, hakikatnya group tu hanya tempat dia bersembang pasal nafsu serakah je.

"Siap duk ajar orang main belakanglah, jilat ****, kononnya semua tu penguat rumah tangga. Dan lelaki-lelaki bingai yang percaya tu pun mulalah mendesak nak buat dekat isteri masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja menyendiri selepas kantoi tengok video lucah, kaunselor kata nak tegur ada cara! Usah anggap tonton porno jijik, salah teruk

ARTIKEL BERKAITAN: Nak ‘membuang’ pun tak senang! Kewujudan grup skodeng Telegram, yuran seumur hidup cetus kebimbangan - “Kau butakanlah mata mereka”

"Penyudahnya sampai ada bini yang depression, ada yang dah meninggal dah pun disebabkan perangai suami yang jadi makin pelik tu," demikian ciapan individu berkenaan.

Justeru pelayar tersebut menggesa pihak polis termasuk pihak berkuasa agama untuk mengambil tindakan tegas terhadap wanita berkenaan, memandangkan sudah banyak kali aduan terhadapnya dibuat.

posting

Salah satu posting yang dikongsikan oleh wanita berkenaan di laman sosial.

"Dalam group ni semua tak ada segan silu dah cerita pasal akiviti penjimakkan masing-masing. Langsung tak rasa malu duk cerita pasal hubungan sesama suami isteri dekat orang lain.

"Yang si *** tu macam biasa, dia terpaling cikgu dalam tu. Tak ada segan silu bercerita pasal dia main belakang apa semua.

"Harap @MyJAKIM dan PDRM boleh angkut lah *** ni," tulisnya lagi.

Acah-acah pemalu lemah gemalai. Padahal nafsu kuda.

NETIZEN

Ciapan individu tersebut sehingga kini meraih lebih 2,000 ulang kicau.

Menjengah ke laman sosial milik wanita berkenaan, didapati kebanyakan perkongsian yang dibuat adalah nasihat untuk wanita mengenai peranan mereka sebagai isteri.

Akaun Faecbook wanita tersebut juga sehingga kini diikuti lebih 45,000 akaun, manakala di TikTok, dia mengumpul lebih 97,000 jumlah pengikut.

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya turut bersetuju agar wanita berkenaan diambil tindakan kerana dikhuatiri perbuatan tersebut boleh memberi impak negatif kepada masyarakat serta memberi tanggapan buruk kepada agama Islam sendiri.

komen

Antara komen netizen terhadap ciapan yang tular di Twitter.

"Spesis banyak tengok **** gini la, dah hidup berfantasi seks semata.... Cacat otak betul orang-orang ni.

"Nak baca pun seram ye. Akal depa belum cukup sihat dan matang untuk faham yang life is all about balance. Semua yang joined group tu perlu psychotherapy and medication.

"Aku sentiasa sinis dengan perempuan tudung labuh. Acah-acah pemalu lemah gemalai. Padahal nafsu kuda," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain