ADA banyak kebaikan boleh dilakukan untuk meraih pahala dengan mudah. Salah satu caranya adalah dengan membelanjakan wang untuk orang lain menikmati makanan. Dalam masyarakat Malaysia, tindakan 'belanja makan' bukan perkara asing malah orang kita memang terkenal dengan sikap prihatin serta pemurah. Ia seperti sudah menjadi budaya atau tabiat ramai individu lebih-lebih lagi apabila tibanya bulan Ramadan, mendapat kenaikan gaji, dan sebagainya. Dalam satu hantaran yang tular baru-baru ini, seorang lelaki bernama Mohd Ridhwan Rauf berkongsi kisahnya dipertemukan dengan insan baik hati yang membayar makanannya walaupun tidak saling mengenali. Memberi makanan atau membayarkan makanan orang adalah salah satu cara mudah untuk meraih pahala. -Gambar hiasan "Tarikh 1 Mei 2023 sekitar jam 12.30 tengah hari hingga 1 petang, saya dan isteri ada makan tengah hari dekat kedai makan area berhadapan Dewan Cenderawasih, Pendang. "Memandangkan pelanggan masa tu ramai, saya mohon untuk duduk bersama dengan sepasang suami isteri yang sedang makan di situ," tulisnya dalam hantaran berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Belanja aku RM18, lauk dia baru RM5” - Pemuda ‘musykil’ tengok penjaga kebun suka bayar orang makan, dapat jawapan selepas cuba tiru amalannya ARTIKEL BERKAITAN: Kejar saham akhirat, wanita ini sedekah buah ciku dengan jiran tak kira bangsa... ada yang mahu beli, tetap kasi percuma Selepas selesai menjamu selera, dia menuju ke kaunter juruwang untuk membayar makanannya dan isteri. Namun tanpa disangka, dia diberitahu oleh juruwang bahawa makanannya sudah dibayar oleh pasangan suami isteri yang duduk semeja dengannya tadi. Terhutang budi dan terharu dengan kebaikan hati pasangan berkenaan, lelaki itu berkata dia membuat hantaran di media sosial kerana mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka. Mungkin tuan ada buat kebaikan sebelum itu, maka Allah balas balik atas kebaikan yang telah tuan lakukan. NETIZEN "Jadi, di sini jika ada tuan puan adalah orang yang membayar makanan saya dan isteri, saya ingin berterima kasih kepada tuan puan sebab membayar harga makanan tersebut. "Walaupun kita tidak sama sekali kenal, tapi dengan murah hati tuan puan bayar makanan saya dan isteri. "Saya rasa terharu sangat. Terima kasih orang baik," tulisnya lagi. Hantaran tersebut dikongsikan di beberapa grup Facebook sehingga meraih lebih daripada 300 perkongsian. Menjengah laman komen pula, rata-rata netizen turut sama terkesan dengan kisah berkenaan, malah ada yang turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa. "Pernah juga berlaku dekat saya, masa tu minum petang dekat Shah Alam. Masa nak bayar, cashier cakap dah ada orang yang bayarkan. Tak sempat nak ucap terima kasih. Antara komen netizen terhadap perkongsian kisah lelaki berkenaan. "Rezeki dikongsi bersama. Nanti tuan ada rezeki, balas balik kepada orang lain pula. "Mungkin tuan ada buat kebaikan sebelum itu, maka Allah balas balik atas kebaikan yang telah tuan lakukan. "Alhamdulillah... inilah yang dikatakan bersedekah dalam sembunyi," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube