KALAU dah jodoh, pasti tak ke mana. Begitulah juga kisah pertemuan seorang wanita, Nurhazirah Radzali, 29 dengan jejaka yang kini menjadi suaminya, Manuel Lucas Malcher, 30 atau nama Islamnya, Tamim Malik, di Jerman sejak April 2020. Menurut anak jati Shah Alam, Selangor itu, dia mula mengenali Tamim ketika belajar di Regensburg sebelum beralih ke fasa lebih serius setelah tiga bulan berkenalan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dulu saya kenal suami masa belajar dekat sana tapi bukan satu universiti. Saya kenal dia online (dalam talian). Beberapa hari kemudian dia ajak berjumpa dan daripada situlah kami mula kenal lebih rapat. "Selepas tiga minggu tempoh perkenalan, suami ajak saya berkahwin. Masa beritahu ayah, dia cakap habiskan study dulu barulah kahwin. Tapi tak sangka pula bila balik Malaysia negara kita dilanda Covid-19 jadi suami tak boleh ikut sebab negara kita lockdown. "Jadi kami terpaksa tangguhkan untuk berkahwin sampai Malaysia umumkan pelancong asing boleh masuk pada April 2022. Jadi sejak boleh berjumpa tu, barulah kami buat rancangan nak cari tarikh bernikah," ujarnya yang senang disapa Zira. Zira dan suami mengenali satu sama lain sejak 2022. Bercerita lanjut kepada mStar, setelah mengharungi pelbagai rintangan, mereka akhirnya diijabkabulkan pada 19 Ogos 2022. Ujar Zira yang merupakan suri rumah sepenuh masa, Tamim sudah mengenali dan mendalami tentang Islam menerusi pelbagai platform di Internet sebelum berkawan dengannya. Malah, kebanyakan perkara dalam Islam banyak dipelajari Tamim sendiri berbanding diajar oleh Zira sepanjang memasuki tempoh sembilan bulan usia perkahwinan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Susah nak ajak dating, jumpa mak ayah cuma sejam... selepas kahwin baru suami dari Pakistan buka rahsia kenapa ‘first date’ hanya 5 minit ARTIKEL BERKAITAN: Pergi kursus tapi jumpa jodoh, pemuda ini bahagia nikahi wanita di Amerika! Dulu semua mak buat, kini sate pun masak sendiri "Sebenarnya sebelum kenal saya lagi dia memang sudah minat dan belajar solat and puasa cuma belum betul-betul buat secara sah. Lepas dah mengenali saya, barulah dia pergi masjid dan jumpa ustaz untuk mengucap dua kalimah syahadah. "Suami banyak membaca tafsir al-Quran dan buku tentang hadis. Selain tu, dia suka dengar ceramah di YouTube terutama sekali pendakwah terkenal Jerman, Marcel Krass. "Bab solat fardu dia belajar sendiri. Tapi bab solat sunat saya ada ajar dia sikit-sikit. Bab baca al-Quran dia masih belajar tapi lebih kepada menghafal. Bila dia rasa sudah hafal, dia akan suruh saya tasmik, daripada situ saya betulkan bacaan yang salah. Tamim memilih untuk beraya bersama Zira di Malaysia. "Dia juga sertai kelas agama secara online dengan ustaz seminggu sekali," ujarnya lagi. Aidilfitri kali ini merupakan tahun pertama Zira beraya dengan suami dan lebih bermakna apabila ia diraikan bersama keluarga di Malaysia. Namun atas urusan kerja, Tamim terpaksa pulang ke tanah airnya di Nürnberg. Tengah tunggu kelulusan visa dan insyaAllah saya akan ke sana untuk tinggal bersama suami. NURHAZIRAH Manakala Zira masih menanti permohonan visanya untuk mengikut suaminya pulang ke Jerman. Baru-baru ini Zira berkongsi momen dia bersama keluarganya menghantar Tamim ke KLIA Terminal 1 di TikTok hingga meraih lebih 167,000 tontonan. Rata-rata mengagumi kecekalan Zira dan pasangannya menjalinkan perhubungan jarak jauh atau PJJ. Zira dan keluarga menghantar Tamim ke lapangan terbang untuk pulang ke Jerman. "Dalam video tu saya dan keluarga hantar dia balik Jerman. Daripada tahun lepas lagi dia dah ambil cuti dua minggu untuk berpuasa dan beraya di sini. "Lepas kahwin saya boleh duduk di Jerman tiga bulan saja. Sekarang saya tengah tunggu kelulusan visa dan insyaAllah lepas dah dapat, saya akan ke sana untuk tinggal bersama suami. "Selepas berkahwin dengan Tamim, keluarga saya layan dia sama macam mereka layan saya. Salam dan peluk dengan famili tu bagi saya perkara biasa. Mungkin sebab suami salam dan peluk keluarga saya, tu yang ramai tegur nampak baik dan rapat," ujarnya. Buat masa ini pasangan ini masih belum dikurniakan zuriat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube