TERDAPAT pelancong yang menjadikan pekerja bertudung sebagai indikator utama dalam memilih restoran mahupun kedai makan. Malah bagi mereka, pakaian pekerja mencerminkan status halal sesebuah kedai. Maka tidak hairanlah apabila ada restoran yang menampilkan pempengaruh media sosial berimej muslimah mempromosikan bisnes mereka seolah-olah menggantikan sijil halal. Situasi sama turut berlaku di Singapura yang mana bukan sahaja kedai malah pasar malam yang menjadi tumpuan pelancong luar termasuk rakyat Malaysia beragama Islam didapati menjual hidangan berasaskan daging babi. Menu yang dipaparkan juga mempunyai hidangan berasaskan babi Anehnya, peniaga dan pekerja yang berada di situ adalah muslim malah si wanita memakai tudung. Menerusi video tular, daging yang diharamkan untuk umat Islam turut berada di atas pinggan bersama sate daging dan ayam. ARTIKEL BERKAITAN: Selera eksotik! Makcik bertudung, atuk pakai kopiah jual sate ular... Ramai pesan jangan suka-suka cuba makanan tepi jalan ARTIKEL BERKAITAN: Restoran jemput influencer tak semestinya bersih! Lelaki 10 tahun dalam F&B minta hati-hati dengan restoran ‘Muslim friendly’ Bimbang lebih ramai muslim terpedaya dengan keadaan tersebut, seorang lelaki yang merupakan mualaf membuat teguran di gerai terbabit. Selepas bertanya sama ada pekerja terbabit muslim atau tidak, dia diberikan telefon oleh salah daripada mereka untuk berinteraksi bersama pemilik gerai. "Pekerja awak muslim?" ajunya ringkas ketika memulakan bicara. Memang kat pasar malam sekarang merepek dan kena berhati-hati kalau nak beli terutama budak-budak. WARGA MAYA Apa yang mengejutkan adalah, pemilik terbabit mengakuinya. Pekerja bertudung turut mengakui beragama Islam. Berang dengan perkara tersebut, dia sekali lagi bertanyakan kenapa menjual daging babi sedangkan orang Islam tidak boleh melakukannya. Namun, pemilik berkenaan seolah-olah menafikan perkara tersebut sehingga membuatkan lelaki terbabit membaca setiap menu berasaskan makanan Thailand yang dijual. "Muslim tak boleh jual babi, betul tak? "Awak nak saya hantar gambar? Menu di sini pun jelas menjual daging babi 'green curry pork noodle'. "Kenapa awak buat begini, mereka yang tak tahu baca terutamanya muslim akan datang beli dengan memilih mengikut gambar," tambahnya. Perbualan mereka berlanjutan selama beberapa minit berikutan pemilik kedai berkata pelanggan kononnya boleh mengenali jenis daging yang dijual serta membezakan rasa. Lelaki terbabit kemudiannya meminta supaya pemilik tidak menggunakan strategi pemasaran dengan meletakkan pekerja bertudung untuk menarik pelanggan. Antara reaksi warga maya. Dia turut meminta supaya menu berasaskan babi dikeluarkan daripada buku hidangan serta tidak dijual oleh pekerja yang beragama Islam. Perkongsian tersebut nyata mengundang reaksi kurang senang warga maya memandangkan pekerja terbabit boleh mengelirukan pelancong khususnya yang beragama Islam menerusi imej mereka. "Abang terbaik! Memang kat pasar malam sekarang merepek dan kena berhati-hati kalau nak beli terutama budak-budak. "Maaflah, misal kata makcik-makcik yang tak tahu baca dan nampak perempuan Melayu pakai tudung mesti mereka beli... sebab ada perempuan pakai tudung tapi ada jual pork. "Kalau nak tahu, kebanyakan pasar malam akan gajikan pekerja luar. Pada mereka tiada hal as long they are paid. This is one dirty tactics they use if you observed. "Orang Islam tidak kiralah negara mana sekalipun, kalau dia Islam wajib tahu batas pekerjaan yang diharamkan," ujar beberapa warga maya. Pun begitu, kebanyakan mengucapkan terima kasih kepada lelaki terbabit kerana mendedahkan perkara seperti itu dan memberi penjelasan kepada pemilik kedai. Malah dia dikatakan berani serta lantang membuat teguran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube