suria

Banyak kali repeat paper, pemuda ‘paling kurang pandai’ dalam keluarga bangga dapat juga genggam ijazah kejuruteraan

Pemuda 25 tahun ini menceritakan kesukaran yang dilaluinya sebelum berjaya menggenggam ijazah.

SETIAP individu pasti pernah melalui episod sukar dalam kehidupan.

Tidak terkecuali anak jati Kuala Lumpur ini yang berdepan cabaran dalam bidang akademik.

Di saat individu lain memaparkan keputusan cemerlang di media sosial, dia juga tidak ketinggalan menceritakan bagaimana dia mampu menggenggam segulung ijazah.

"Cuma nak kongsikan sedikit perjalanan kehidupan aku sebagai pelajar yang biasa, keputusan UiTM keluar Jumaat (10 Mac) hari itu... akhirnya aku berjaya habiskan degree walaupun lambat daripada orang lain," tulisnya di ruangan kapsyen.

Ketika mengikuti pengajian di UiTM.

Ketika mengikuti pengajian di UiTM.

Menerusi perkongsian video, dia memuat naik keputusan peperiksaan bermula daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehinggalah markah keseluruhan bagi semua semester (CGPA) bagi jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dia juga mendedahkan pernah gagal beberapa subjek sehingga perlu menduduki peperiksaan ulangan selain berasa tertekan dan ingin berhenti belajar.

Dengan keputusan yang tidak memberangsangkan, terdapat beberapa warga maya yang meninggalkan komen kurang senang termasuk mempertikaikan tindakannya.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menjadikan kisah kehidupannya sebagai sumber motivasi bagi meneruskan pembelajaran.

"Bro, kau dah hidupkan semangat aku balik nak continue degree. Kita sama jurusan, sama UiTM. Hampir decide quit.

"Aku tak kenal kau bang. Tapi kau betul-betul bagi aku semangat balik nak teruskan belajar... terima kasih orang baik.

"This made me feel better cause i’ve been struggling with my study too. Tak apa struggling asalkan buat sampai habis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada ijazah ‘medic’ pun tak guna, kerja kilang akhirnya... wanita rasa hidupnya gagal! Lagi stres dapat mak ayah jenis ‘control’

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 10A SPM kembali kejar cita-cita selepas perkahwinan di usia 18 tahun gagal, masih ‘power’ sekali interview terus dapat biasiswa

"Aku pun degree sambil kerja. Gila susah tapi tak akan nak berhenti tengah jalan? Bangun dan teruskan juga, I need to finish it no matter what," ujar beberapa warga maya.

Ketika dihubungi mStar, Tengku Imran Amirul Asyraaf Tuan Zamri Erazam mengakui video tersebut dihasilkan bukan sekadar menceritakan pengalaman pembelajarannya tetapi meluahkan rasa bangga kerana berjaya melalui kesukaran dan akhirnya menamatkan pengajian.

Saya yang paling kurang dalam keluarga, mereka lebih bagus sama ada dalam SPM mahupun degree.

TENGKU IMRAN

"Saya buat juga sebab sejujurnya saya rasa bangga, awal-awal dulu saya tak tahu lepas ke tak sebab saya tahu struggle dia macam mana... beberapa kali nak berhenti.

"Jadi apabila habis, saya rasa bangga dengan diri sebab itu terdetik nak kongsikan juga," ujarnya.

Baginya, sebagai pelajar biasa yang diterima masuk ke institusi pengajian tinggi, sememangnya peluang yang diperoleh tidak akan dilepaskan begitu saja.

Tambahan pula, kesemua abang dan kakaknya berjaya menamatkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda.

Bersama ahli keluarga ketika meraikan lebaran baru-baru ini.

Bersama ahli keluarga ketika meraikan lebaran baru-baru ini.

"Kiranya saya yang paling kurang dalam keluarga, mereka lebih bagus sama ada dalam SPM mahupun degree. Kemudian bila dapat masuk belajar, ada dugaan dari segi belajar, kawan, kewangan dan perhubungan pula.

"Akhirnya bila berjaya melepasi semua tu, saya terfikir tentang apa yang saya perjuangkan dengan penat lelah.

"Kalau diikutkan semasa mohon memang tak ada cita-cita dan tak tahu hala tuju... tapi selepas dah masuk, saya rasa sangat minat dalam bidang ni tetapi lebih kepada rekaan," ujarnya yang merupakan anak keempat daripada enam beradik.

Menurut anak muda berusia 25 tahun ini, sebagai graduan baharu, dia juga sedang mencari kerja dalam bidang rekaan kejuruteraan.

Namun, dia akan menerima apa sahaja tawaran kerja yang diperoleh sebagai permulaan kerjaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain