suria

Bingung dituduh guna lesung batu waktu malam, padahal jarang masak - “Kami dengar bunyi tu dari rumah lain”

Seorang individu mendapat nota teguran daripada jirannya yang meminta agar tidak menggunakan lesung batu waktu malam. Gambar sekadar hiasan

HIDUP berjiran pasti menuntut kita untuk menjaga adab demi memelihara keharmonian antara satu sama lain.

Sekiranya ada perasaan kurang berpuas hati mengenai sesuatu perkara, seelok-eloknya buat aduan mengikut cara yang betul atau bersemuka dengan jiran untuk mencari penyelesaian terbaik.

Dalam satu perkongsian yang tular di laman sosial, seorang pelayar memuat naik gambar memaparkan nota amaran yang ditulis dan ditampal oleh jirannya, yang mengadu mengenai bunyi bising lesung batu.

"Minta kerjasama untuk tolong jangan guna lesung batu lewat malam. Tolong hormat waktu tidur orang lain.

"Jika berlaku lagi, akan direkod dan aduan akan dibuat pada management (pengurusan) ****," demikian mesej yang ditulis pada nota berkenaan.

Difahamkan, nota bertulisan tangan itu ditampal di dinding berhampiran unit kediaman individu berkenaan yang merupakan penghuni pangsapuri.

lesung 2

Ada warga maya mencadangkan individu tersebut menggunakan pengalas untuk mengurangkan kesan bunyi ketukan.

Membuat hantaran pada laman Facebook sebagai menjawab tuduhan jirannya, individu tersebut bagaimanapun menafikan bahawa bunyi lesung batu itu datang dari rumahnya.

"Nak cakap macam mana ya dengan jiran yang tegur kami macam ni? Sebab orang tuduh rumah kami, tapi rumah kami dengar bunyi tu dari rumah lain...jeng jeng jeng.

"Rumah kami jarang masak apatah lagi nak ketuk lesung bagai.. guna blender ja," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk kondo tapi perangai pengotor! Lelaki ini selamba buang tahi kucing dari balkoni, siap tampi-tampi pasir najis

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jiran buat kereta macam playground, mustahil tak sengaja! Pemilik niat nak tegur mak ayahnya demi kebaikan

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya menyifatkan kejadian bunyi tumbukan lesung batu adalah perkara biasa di kediaman jenis pangsapuri dan mengaitkannya dengan unsur mistik.

Malah mereka juga berkongsi kejadian yang pernah dilalui di kediaman masing-masing dan apabila disiasat, ternyata ia bukan datang dari kediaman jiran-jiran terdekat.

"Jiran kami rajin menumbuk sambal. Bila siasat sendiri satu rumah ke satu rumah, tak ada siapa pun menumbuk sambal. Akhirnya jiran sebelah je. Wah, sakan punya menumbuk, padahal tak ada orang duduk pun.

Bunyi 'water hammering' tu. Kesian jiran dia, tak pasal-pasal kena tuduh bukan-bukan.

NETIZEN

"Dia pernah dengar bunyi lesung batu je. Itu belum lagi dia marah jiran 'susun perabot' atau anak jiran 'main guli' ye.

"Aku dulu jiran bawah datang tegur suruh jangan guna batu lesung waktu malam. Masalahnya aku masa tu bujang... ada periuk nasi saja," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada warga maya yang turut mencadangkan solusi agar bunyi ketukan lesung batu dapat diminimakan dan tidak mengganggu jiran lain.

lesung 3

Warga maya mengaitkan kejadian tersebut dengan unsur mistik.

"Beli lapik lesung ni sis, confirm tak ada bunyi dah.

"Dermakan blender elektrik yang kedap bunyi. Habis cerita. Anda happy, jiran pun happy," tulis beberapa netizen.

Ada juga yang tampil memberi penjelasan dengan mengatakan bunyi aneh yang terhasil di kediaman jenis pangsapuri adalah disebabkan tekanan air.

"Dah ada kajian. Apabila malam tekanan air dalam paip tinggi kerana kurang penggunaan. Itulah kadangkala menghasilkan bunyi lesung batu dan manik jatuh ke lantai.

"Aku syak bunyi 'water hammering' tu. Kesian jiran dia, tak pasal-pasal kena tuduh bukan-bukan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain