suria

Kuasa sedekah, duit RM60 ‘beranak’ selepas belanja aunty sedang lapar! Kesian... Lama tunggu nak order tak ada siapa layan

Siew membuat pesanan untuk makcik berbangsa Cina itu.

MASYARAKAT Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan murah hati serta saling bantu membantu tanpa mengira bangsa.

Seperti rakaman video tular ini, seorang wanita yang sedang menikmati sarapan pagi bersama suami dan anaknya bermurah hati untuk belanja makan seorang 'aunty' berbangsa Cina.

“Semasa tengah makan, ada seorang makcik ni datang duduk di meja sebelah sambil tengok kami.

Khaleeda dan suaminya tinggal di Batang Kali.

Khaleeda dan suaminya tinggal di Batang Kali.

“Lama dia tenung, kemudian suami saya minta tanyakan kalau makcik tu nak makan sebab dia nak belanja.

“Selepas tanya, rupanya dia memang nak makan dan sedang haus... katanya dada terasa pedih,” coretnya dalam video yang dikongsi.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok Khaleeda Siew, dia turut memaklumkan bahawa rakaman dibuat secara tidak sengaja kerana pada masa itu mereka sedang merekod video keluarga untuk aplikasi Instagram.

Khaleeda bersama suaminya gemar menghabiskan masa bersama.

Bercerita kepada mStar, Khaleeda Najiha berkata, kejadian sekitar jam 10 pagi itu terjadi pertengahan Julai lalu di sebuah kedai makan di Batang Kali, Selangor.

“Saya suka buat IG Story (cerita Instagram) tentang anak dan masa tu kami sekeluarga sedang makan.

“Kemudian datang seorang makcik yang dalam keadaan letih terus duduk di meja sebelah... mungkin kerana berjalan jauh. Tapi sepanjang dia duduk yang agak lama tu, tiada pelayan pun datang ambil pesanan,” ujarnya yang senang didapa sebagai Siew.

ARTIKEL BERKAITAN: “Belanja aku RM18, lauk dia baru RM5” - Pemuda ‘musykil’ tengok penjaga kebun suka bayar orang makan, dapat jawapan selepas cuba tiru amalannya

ARTIKEL BERKAITAN: “Makan apa je RM5?” - Pak guard nak tapau dinner guna sekeping ‘wang hijau’, terus ceria ada pemuda belanja lauk ayam

Keadaan warga emas itu membuatkan suaminya berasa kasihan dan meminta dia bertanyakan sama ada makcik itu ingin makan atau minum.

Seperti diduga, wanita itu memberitahu dia sedang haus serta lapar tetapi tiada pekerja kedai yang datang mengambil pesanan.

Lebih menyedihkan apabila, pekerja kedai hanya lalu lalang sahaja di hadapannya, berkemungkinan menyangka dia adalah gelandangan.

Masa tu pun saya dan suami tak berapa nak ada duit... saya baru lepas resign dan duit yang ada dalam RM60.

KHALEEDA NAJIHA

Mesra disapa Siew, dia kemudian membantu membuat pesanan selepas berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dengan wanita berkenaan.

“Semasa membuat bayaran, suami terus kira sekali harga makanan makcik tu.

“Selepas dah bayar, dia datang dekat kami sebab nak bayar kembali... tapi suami enggan ambil. Tambahan pula dia memegang duit kertas RM1 yang mungkin ada 10 keping.

“Disebabkan itu, dia asyik ulang cakap terima kasih,” kata Siew yang berketurunan Cina dan fasih berbahasa Mandarin.

Kedua mereka tinggal berjauhan dari keluarga kerana mencari rezeki di Selangor.

Kedua mereka tinggal berjauhan dari keluarga kerana mencari rezeki di Selangor.

Tambah wanita berusia 24 tahun itu lagi, sepanjang makan di restoran kawasan sekitar, itulah kali pertama dia melihat makcik terbabit.

Dia yang tinggal berhampiran mendedahkan, kawasan Batang Kali mempunyai beberapa orang gelandangan.

Bak kata pepatah sedekah tidak akan memiskinkan seseorang, ibu kepada seorang cahaya mata dari Ipoh, Perak ini mengakui rezeki hadir dalam keluarganya tanpa diduga selepas bersedekah kepada makcik berkenaan.

Malah katanya, pada masa tersebut, kewangan keluarganya sedikit bermasalah dan hanya ‘cukup-cukup makan’.

“Masa tu pun saya dan suami tak berapa nak ada duit... saya baru lepas resign dan duit yang ada dalam RM60. Suami pun belum gaji.

“Tapi tanpa diduga, pada sebelah petang saya mendapat panggilan daripada MomoHouse untuk hasilkan video berbayar. Dapatlah sedikit income untuk digunakan sementara suami mendapat gaji.

“Pada masa sama, duit affiliate daripada TikTok pun masuk akaun juga,” luahnya yang pada awalnya tidak menyangka ia adalah asbab kepada belanja makan.

Siew berhenti kerja pada Jun lalu demi menjaga anak berusia empat bulan dan sehingga kini dia masih mempunyai kontrak dengan jenama barangan bayi itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain