suria

Suami gaji RM900 curang! Alang-alang rumah tangga runtuh, isteri robohkan sekali rumah 90K yang dibina... Bini baharu nangis tiada tempat tinggal

Isteri kesal suami bergaji RM900 curang dengan wanita lain yang mempunyai tiga anak.

KECURANGAN yang dilakukan oleh seorang lelaki terhadap isteri akhirnya makan diri sendiri.

Kisah pasangan ini dikongsikan oleh seorang pelayar di TikTok, Zaleha Baba yang menceritakan semula nasib kurang baik si isteri yang merupakan salah seorang pengikutnya.

Menerusi penceritaannya dalam video, dia berkata pengikutnya itu yang merupakan ibu kepada tiga anak berpisah dengan suami setelah 12 tahun melayari bahtera perkahwinan.

"Saya dapat daripada orang di TikTok, dia bercerai pada tahun 2021 selepas 12 tahun berumah tangga. Dia ada tiga orang anak dan ijazah.

"Dia mengenali suaminya daripada tiada apa-apa. Sampailah mereka kahwin masih tiada harta. Tetapi dia terima seadanya," katanya menceritakan latar belakang rumah tangga pengikutnya itu.

Kisah ini diceritakan semula oleh Zaleha di TikTok.

Walaupun begitu, katanya, si isteri sebelum ini tidak pernah mempunyai masalah dengan suaminya yang bergaji pokok RM900 sebulan.

Malah, dia menerima suaminya seadanya walaupun kehidupannya sebelum berkahwin jauh lebih senang dan mewah.

Bagaimanapun, pada usia 40 tahun, hancur hatinya apabila menemukan bukti suaminya curang dengan wanita berstatus isteri orang dan mempunyai tiga anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tawar RM500 minta orang ramai jejak sampai dapat doktor curang dengan isteri di Madinah

ARTIKEL BERKAITAN: 13 tahun kahwin, suami menganggur curang 5 kali! Jual kereta dibeli isteri, buat hutang sebelum lari dengan awek baru kenal 3 bulan

"Genap umur 40 tahun dia (suami) ada hubungan sulit (scandal) dengan isteri orang anak tiga. Jadi mereka bercerai selepas kantoi suami bergambar atas katil dengan orang lain, isteri minta cerai.

"Apabila sudah minta cerai, sebelum tu, bapa mentua isterinya pernah beli tanah tapi kesilapannya dia pergi buat rumah atas tanah tu.

"Kos rumah dibina RM90,000. Jadi selepas berlakunya penceraian, bapa mentua minta semula tanah," ceritanya lagi.

Setelah keadaan menjadi lebih tegang, isteri yang berang dengan kecurangan suaminya nekad merobohkan rumah yang telah dibina.

Malah, setelah empat bulan bekas suaminya berkahwin baharu, mula timbul rasa menyesal dalam diri lelaki itu kerana kehilangan isteri yang selama ini memberikan kemewahan dan setia terhadapnya.

Alang-alang hancurkan hati, musnahkan sekali rumah tu.

NETIZEN

"Jadi alang-alang sudah tanggung kerugian, si isteri pecahkan rumah. Jadi scandal si suami ini sudah menangis memikirkan di mana dia mahu tinggal

"Setelah empat bulan berkahwin, suaminya menyesal apabila mengenali sikap sebenar isteri baharu.

"Selama ini lelaki ini hidup selesa walaupun bergaji RM900 kerana isteri yang tanggung sehingga mampu menggunakan kereta mewah," imbasnya lagi.

Perkongsian wanita ini meraih lebih 100,000 jumlah tontonan setelah disiarkan.

Komen netizen pada video tular.

Rata-ratanya berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan yang berakhir dengan penderitaan buat suami.

"Puas hati dengar Leha bercerita. Sampai melopong aku menghayati.

"Pengakhiran cerita tu buat saya gembira. Best betul tak macam drama televisyen. Alang-alang hancurkan hati, musnahkan sekali rumah tu.

"Puas hati dengar cerita ni. Kalau tak, sakit hati je. Perempuan baik sangat," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain