suria

Warga TikTok berduka si comel Kalbar dah tiada! Menyayat hati detik mati di bahu pemilik ketika live - “Rehatlah di sana anakku sayang”

Kalbar mati di sisi pemiliknya pada pagi Rabu.

SEEKOR tikus Belanda dikenali sebagai Kalbar yang popular di aplikasi TikTok mati di sisi pemiliknya pada pagi Rabu.

Kalbar yang mula dibela sejak Mac tahun lalu mati ketika ia berada di atas bahu pemiliknya, Fatin Farhana Ismail atau Bie.

Video ketika detik kematian itu turut dikongsi menerusi aplikasi TikTok sehingga ia mengundang simpati netizen.

kalbar2

Bie bersama haiwan peliharaannya.

Dalam video itu, Bie dilihat sedang bercerita tentang keadaan kesihatan Kalbar yang merosot sebelum ia tiba-tiba kaku di atas bahunya.

"Saya nak minta maaf, saya tak boleh dah nak selamatkan Kalbar. Saya dah pergi klinik haiwan merata-rata, saya tengok dia rasa macam tak sedap hati.

"Tengok dia dah tak boleh nak berdiri. Pengalaman saya banyak dah bela tikus Belanda..." ujar Bie sebelum dia tiba-tiba senyap.

Rehatlah di sana anakku sayang, terima kasih teman mak selama hampir dua tahun.

FATIN FARHANA ISMAIL

Bie yang menyedari Kalbar telah pergi buat selama-lamanya terus memegang erat haiwan itu sambil menangis teresak-esak.

Dalam posting di TikTok, Bie yang juga bekas polis bantuan bagaimanapun menzahirkan rasa syukur kerana kehadiran Kalbar banyak membawa kegembiraan buat dirinya selama ini.

"Mak bersyukur sayang, dari Kalbar datang dekat mak sampai Kalbar pergi, mak ada di sisi Kalbar. Kalbar dah buat ramai orang happy lagi-lagi mak sayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata abah tumpah di pusara, pedih kematian kucing kesayangan... Momen relaikan tanah halus-halus paling sentuh perasaan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Cik ti’ gembira berkeliaran, wanita kongsi bagaimana boleh dapat penyakit kencing tikus dari kedai runcit

"Simpan sini untuk mak dan lain untuk tidak lupakan Kalbar sampai bila-bila sayang. Kalbar tetap dalam hati mak sampai hembusan nafas mak, jumpa di sana Kalbar.

"Rehatlah di sana anakku sayang, terima kasih teman mak selama hampir dua tahun, mak sayang Kalbar dunia dan akhirat, jumpa mak di sana anak kesayangan mak," tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa tidak percaya, malah bersimpati atas kehilangan yang perit itu.

"Saya turut bersedih sis. Terima kasih Kalbar menceriakan hari-hari kami semua.

kalbar4

Bie mempunyai hampir setengah juta pengikut TikTok.

"Sedihnya, Kalbar selalu penghibur kami kalau tengok live TikTok. Selamat jalan comel.

"Meleleh air mata. Tak ada dah gelagat Kalbar kat live," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Bie yang mempunyai hampir setengah juta pengikut di aplikasi TikTok sering membuat siaran langsung bersama beberapa ekor tikus Belanda belaannya.

Namun, Kalbar merupakan 'bintang' utama yang sering menjadi perhatian netizen kerana video gelagat lucunya selama ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain