TUGAS sebagai rider penghantar makanan bukannya mudah. Kerenah pelanggan tidak dapat diduga dan kesabaran seorang rider itu boleh diuji sehingga ke kemuncaknya. Begitulah kisah dalam satu video tular di TikTok, yang menunjukkan seorang lelaki yang bekerja sebagai rider pasrah duduk bersila di lantai sambil 'menghadap' sebiji kek. Lelaki ini makan kek sambil diperhatikan isterinya. Menceritakan apa yang berlaku, isteri lelaki itu berkata pada mulanya si suami mendapat pesanan untuk menghantar sebiji kek ke rumah pelanggan. "Suami keluar kerja sebagai rider penghantar makanan, bawa guna motosikal je, sekali dapat order daripada customer untuk hantar kek. "Bila dah selesai hantar, customer minta refund (pembayaran semula), katanya nampak kek dah tercomot sedikit. Padahal suami dah cuba bawa motosikal elok-elok sebab tahu barang fragile. ARTIKEL BERKAITAN: Susah dapat kerja, lulusan ‘engineering’ dah 2 tahun jadi rider... Isteri tolong ‘iklan’ resume selepas 9 bulan kahwin ARTIKEL BERKAITAN: 12 jam sehari atas motor, rider sedap gaji hampir RM2,000 seminggu! Kini derita slip disc... Kewangan merudum, nak bergerak pun susah "Tapi benda nak jadi juga kan, tak apa la, mungkin bukan rezeki dari segi duit, tapi Allah bagi kita makan kek sedap. Pasti ada hikmahnya. Semoga Allah lipat gandakan rezeki suami. "Rasa bersalah dan sedih pula tengok," kata wanita tersebut menerusi video yang dikongsi. Ketika dihubungi mStar, wanita itu berharap pelanggan akan lebih bertimbang rasa dan tidak terlalu melulu menghukum rider. Pelanggan tu tak tahu ke jalan dekat Malaysia ni macam mana, bawa sehabis perlahan pun boleh hancur kek sebab jalan teruk. WARGA MAYA "Apabila pelanggan tu tak puas hati dengan keadaan kek, suami tak nak panjangkan cerita dan bersetuju untuk bagi refund kerana dikatakan sebagai kecuaian rider. "Harga kek tu adalah RM60, mungkin nilai yang kecil untuk sesetengah orang tapi jumlah yang besar untuk saya dan suami. Kami sangat terkesan, tambahan pula waktu tu keadaan kewangan kami tengah sesak. "Saya rasa terkilan yang amat dan berharap tiada sesiapa yang akan terkena macam ni lagi," ujar wanita itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyebelahi pihak rider dan berpendapat seseorang pelanggan itu perlu bersikap lebih peka. Sebahagian warga maya. "Pelanggan kena sedar kalau order dengan rider ada risiko, lagi-lagi kalau bawa makanan yang lembut seperti kek. Tak dapat nak dielakkan apabila tiba-tiba jalan berlubang dan kek terlambung sedikit. "Kalau nak kek sampai cantik, jangan order dengan runner atau rider, minta la penghantaran khas seperti ikut kereta atau lebih senang pergi ambil sendiri. Ini dah menyusahkan orang. "Dia (pelanggan) tu tak tahu ke jalan dekat Malaysia ni macam mana, bawa sehabis perlahan pun boleh hancur kek tu sebab jalan teruk. "Nasihat saya untuk rider kalau dapat makanan fragile seperti kek begini, terus hubungi pusat khidmat pelanggan untuk minta pesanan tu dihantar menggunakan kereta," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube