suria

Mek Kelantan mulut lancang, mesej ex-BF jemput datang kenduri sambil hina miskin - “Orang ‘tino’ tak suka lelaki susah”

Tidak salah untuk kita menjemput bekas kekasih menghadiri majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dikenali sebagai Fiz menerima sokongan positif daripada netizen selepas dia dihina bekas teman wanitanya.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di TikTok, wanita dipercayai berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu sempat menyindir Fiz ketika dia menghantar jemputan perkahwinan melalui aplikasi WhatsApp.

"Salam. Ni Fiz ke? Saya ni bekas kekasih awak dulu. Ingat tak, ke tak ingat? Awak bercinta dengan siapa sekarang? Kekasih awak orang mana? Saja tanya. Ingatkan awak bercinta dengan sesiapa.

kelantan2

Setiap pasangan bercinta pastinya mengimpikan untuk berumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya chat awak ni untuk beritahu saya dah nak kahwin. Saya nak jemput awak datang majlis saya 18 September. Kalau ada kekasih, datang dengan dia. Ke dah kena tinggal?" ujar wanita itu sinis.

Tidak terhenti di situ, wanita tersebut terus menghantar mesej yang berbentuk penghinaan, malah dia mengaku memutuskan percintaan dengan Fiz kerana faktor kewangan.

"Maaflah saya nak cakap, orang tino (perempuan) sekarang tak suka jate (lelaki) susah. Takut susah apabila orang lelaki menyusahkan orang perempuan.

Aku dah maafkan semua, tak nak ingat apa-apa sebab aku sedar diri aku. Apa yang ada, aku bersyukur.

FIZ

"Saya tinggal awak dulu pun sebab saya tak nak susah dengan awak Fiz. Jujur saya cakap. Baik saya cari lelaki yang boleh senangkan saya. Saya nak apa-apa, dia boleh beli, tak perlu tunggu.

"Awak datanglah majlis saya tu. Awak selalu kena tinggal dengan perempuan. Dah nasib awak begitu," ujar wanita itu mengakhiri mesejnya.

Fiz kemudiannya berkongsi tangkap layar WhatsApp yang dihantar wanita itu menerusi aplikasi TikTok sehingga ia meraih lebih 43,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kelantan enggan pulang, fobia rasa terhina di negeri sendiri... Syukur Shah Alam jamin hidup berkualiti

ARTIKEL BERKAITAN: 22 tahun pakai di leher, akak Kelantan terkejut untung berlipat kali ganda selepas jual rantai emas - “Tahu-tahu duit beranak”

"Bila ex lama muncul balik jemput ke majlis kahwin dia. Aku dah maafkan semua, tak nak ingat apa-apa sebab aku sedar diri aku. Apa yang ada, aku bersyukur.

"Tapi aku tak simpan dendam dan benci. Aku lebih suka memaafkan. Aku pun manusia, tak ada hak nak membenci semasa manusia," ujar Fiz dalam hantaran itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyelar sikap angkuh wanita berkenaan yang tergamak menghina bekas teman lelakinya.

Pada masa yang sama, ramai yang turut memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar Fiz menemui wanita yang mampu membahagiakannya.

file79uwcwqaggmnvoarijx

Masalah kewangan boleh menjadi punca keretakan hubungan. -Gambar hiasan

"Pernikahan pun belum tentu bahagia. Kadang-kadang lepas nikah baru topeng terbuka habis. Masa tu baru tahu suami pemurah atau kedekut.

"Allah dah jauhkan awak daripada dia awal-awal lagi. Tengok hikmahnya. Insya-Allah yang terbaik pasti hadir. Kena yakin.

"Sampai macam tu sekali ayat dia. Stay strong awak. Mungkin Tuhan nak bagi yang terbaik untuk awak.

"Angkuhnya bercakap. Nak jemput tu jemput je la, tak perlu nak ungkit," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain