suria

Wanita rasa lucu nampak semut sibuk buat sesuatu dalam rumah, rupanya tanda awal banjir - “Itu pesan abah dahulu”

Seorang penduduk mendedahkan petanda awal banjir yang boleh diberi perhatian.

MUSIM hujan tiba lagi!

Fasa peralihan monsun pada hujung tahun akan menyebabkan hujan turun lebih kerap dengan kadar luar biasa dan kawasan rendah dinaiki air.

Fenomena banjir boleh menyebabkan air mencecah paras bahaya tanpa disedari dan mampu menenggelamkan kediaman dalam masa singkat.

Kehadiran semut dalam jumlah yang besar merupakan antara tanda-tanda awal banjir.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang penduduk dipercayai di Tanjong Malim, Perak mendedahkan peristiwa ganjil yang dikatakan sebagai petanda banjir.

Menerusi video itu, wanita tersebut menunjukkan sebaris semut sedang bergerak di atas dinding secara menegak menuju ke suatu destinasi.

"Mula-mula gelak tengok dinding semut berkawad, rupa-rupanya air tengah naik dekat luar," ujar wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai viral banjir mengejut, pelanggan dari jauh pakat lari tak jadi makan! Orang tempatan relaks macam tiada apa berlaku

ARTIKEL BERKAITAN: Demi ibu, pengantin sanggup naik sampan! Tak terfikir tukar lokasi majlis walau dah tahu risiko banjir - “Kubur arwah ada depan rumah”

Ketika dibuka pintu rumah, kelihatan air sudah mula bertakung di bahagian anjung hadapan kediamannya.

"Banyaknya daun yang air ni bawa, susah la nak sapu nanti. Sikit lagi kita dah boleh berenang dalam rumah. Nak kencing tapi tandas pun air dah masuk," ujarnya.

Menurut wanita itu, ini adalah kali pertama rumahnya dinaiki air.

Itulah pesan abah dahulu, kalau nampak semut mula naik atas rumah, maksudnya nak banjir dan kita dah boleh bersiap siaga.

WARGA MAYA

"Saya tak pernah ada pengalaman banjir, sebab tu tak tahu petanda semua ni," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkata pergerakan semut boleh diperhatikan sebagai amaran awal untuk banjir.

"Saya juga selalu beri perhatian dengan kehadiran semut, kalau banyak naik atas rumah, maksudnya nak hujan atau banjir la tu.

Sebahagian komen warga maya.

"Semut boleh tahu apabila nak hujan, mereka berpindah masuk ke dalam rumah pula cari sarang baharu. Kalau nampak semut datang je, kami tahu dah nak hujan.

"Itulah pesan abah dahulu, kalau nampak semut mula naik atas rumah, maksudnya nak banjir dan kita dah boleh bersiap siaga.

"Kalau semut dah mencari sarang baharu, maksudnya musim banjir bakal tiba," jelas sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain