suria

Gadis IPT bertahan dapat roommate pengotor! Dah tegur tapi dengan jujur jawab ‘memang tak suka mengemas’

Seorang gadis kecewa dengan sikap rakan sebiliknya.

"ROOMATE saya tak ada common sense.”

Situasi ini sering menjadi mimpi ngeri untuk mereka yang belajar di institut pengajian tinggi (IPT).

Sama ada tinggal di rumah sewa atau kolej kediaman pelajar, jika tersilap memilih rakan sebilik pasti akan timbul pelbagai isu.

Antara tabiat buruk rakan sebilik yang menyebabkan seorang gadis bengang.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang pelajar perempuan mengakui tertekan dengan rakan sebiliknya yang tidak menjaga kebersihan bilik walau tinggal bersama.

"Pertama sekali, geram sebab orang tengah tidur buka lampu secara tiba-tiba tanpa rasa bersalah. Lepas tu tak pandai kemas katil setiap kali bangun tidur. Telekung dan sejadah pun tak boleh sangkut balik selepas solat.

"Bakul pakaian dan beg kelas dibiarkan bersepah depan almari orang. Tuala tak pandai sangkut selepas mandi. Meja belajar bersepah dengan alat solek.

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik tengok ‘panty liner’ bertimbun celah katil! Housekeeping kesal penyewa T20 bayar RM5,000 untuk satu malam tapi tak beradab

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik, macam syaitan duduk! Ejen dedah tahap pengotor penyewa sukar diterima akal, laki perempuan sama saja

"Tak ada langsung rasa nak kemas sebelum pergi kelas," keluh gadis itu mengenai sikap jelik rakan sebiliknya.

Pada ruangan kapsyen, gadis itu berkata dia sudah cuba menegur tetapi usahanya diibaratkan mencurahkan air ke daun keladi.

"Saya dah tegur ye, tapi dia cakap memang dia tak suka mengemas dan dekat rumah pun memang dia macam ni. Sebagai seorang perempuan terutamanya, tolong la jangan begini, kalau malas macam mana pun cuba jadi pembersih.

Selagi hanya bersepah dekat bahagian dia sahaja, tak kacau tempat orang, saya rasa tak ada masalah.

WARGA MAYA

"Tak tahan hari-hari nak kena hadap, dah la bilik ni sempit je. Kalau dah bersepah macam ni, lagi bilik ni terasa sempit. Tuala basah dibiar macam tu je, berbau bilik ni.

"Lagi satu untuk makluman, kolej kediaman saya ni konsep unit, dalam tu ada banyak bilik, dekat tengah ada ruang tamu. Di situ, ada cermin besar, sepatutnya kalau nak bersiap pergi luar, bukan buka lampu dalam bilik.

"Paling geram perempuan ni pun jenis mengata belakang juga, bukan terus nak cakap dekat saya kalau ada masalah," luah gadis tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada sesetengah warga maya yang mengatakan gadis itu seharusnya lebih bertolak ansur.

Sebahagian komen warga maya.

"Selagi hanya bersepah dekat bahagian dia sahaja, tak kacau tempat orang, saya rasa tak ada masalah. Benda santai je jangan nak mengaibkan sangat.

"Lah kalau kelas pagi, tak akan nak bersiap dalam gelap pula. Buka lampu bilik pun nak kena minta izin ke?," kata sebahagian warga maya.

Tidak kurang juga ada warga maya yang mempertahankan luahan wanita itu.

"Tak kisah la itu tempat dia sahaja ke apa, tapi kalau dah kongsi bilik sekali, keadaan bersepah boleh ganggu emosi dan buat kita rasa rimas.

"Jadi tolong bertoleransi, fikir orang lain juga, jangan pentingkan diri," kata warga maya memberi teguran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain