suria

Panas hati tengok orang lain sakan upload gambar travel tanpa rasa bersalah - “Kau patut baiki hati, mungkin dah hitam”

Tidak dinafikan ada segelintir individu berfikiran negatif apabila melihat perkongsian orang lain di media sosial. -Gambar hiasan

APLIKASI media sosial ketika ini bukan hanya berperanan sebagai medium perhubungan semata-mata, malah ia bermanfaat untuk perkongsian maklumat serta platform untuk mengembangkan bisnes.

Tidak sekadar itu, ia juga ibarat diari digital untuk menyimpan gambar atau video sebagai kenangan buat tatapan pada masa akan datang.

Bagi kebanyakan orang, memuat naik gambar aktiviti harian, makanan, percutian dan sebagainya di media sosial masing-masing adalah normal selain mahu brkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan dan keluarga.

Namun tanpa disedari, ada pula individu yang berasa kurang senang melihat perkongsian sedemikan sehingga mewujudkan tanggapan negatif sebagaimana yang dilontarkan oleh individu ini.

Tidak mendedahkan identiti, individu tersebut meluahkan apa yang terbuku di hatinya apabila melihat rakan-rakan 'sakan' memuat naik percutian masing-masing.

TRAVEL 2

Dalam ataupun luar negara, yang penting ia mengikut bajet serta kemampuan diri sendiri. -Gambar hiasan

"Normal ke kadang rasa down bila tengok manusia-manusia di Instagram travel sana sini dan happy family. Nampak perfect.

"Rasa dengki pun ada tapi cepat-cepat buang. Kadang rasa diaorang ni nak show off ke?" tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu tangisan di terminal! Dah bersiap nak melancong, sekeluarga tak lepas naik cruise sebab masalah pasport

ARTIKEL BERKAITAN: Backpacker misteri kongsi tip menabung nak bercuti ke overseas, umur belum cecah 30 tahun dah travel ke 20 negara

Dalam pada itu, dia turut terfikir apakah mereka tidak rasa bersalah atau memikirkan perasaan pelayar lain yang mungkin kurang berkemampuan, sebelum membuat perkongsian.

"Ramai ke rasa macam saya? Yang buat posting tak guilty ke buat orang lain macam ni?" tulisnya lagi.

Luahan tersebut dihantar menerusi Direct Message yang kemudian dikongsi oleh pemilik akaun @abudialsagoff di laman X.

Nak upload pun kena fikirkan perasaan orang lain pula ke?

NETIZEN

Ternyata ia mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menyifatkan individu berkenaan mempunyai 'masalah hati' kerana cemburu dengan kehidupan orang lain.

Malah mereka turut menasihatkan individu berkenaan agar memperbaiki sikap negatif dalam diri yang boleh mengundang dosa tanpa sedar.

"Jangan main media sosial. Mental anda tak sesuai.

KOMEN TRAVEL

Sebahagian komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

"Saya buat Instagram untuk close family je dan jika pergi cuti-cuti post dalam tu je. Instagram sendiri post story yang random je. Takut ada yang dengki sedangkan kita sikit pun tak dengki dengan kehidupan orang lain.

"Nak upload pun kena fikirkan perasaan orang lain pula ke?

"Tak normal, kau tu yang patut baiki hati, mungkin hati hitam atau kau kena upgrade kehidupan dengan melakukan sesuatu yang lebih baik sebagai permulaan," demikian ujar netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain