suria

Jiran buang produk Israel, sebelum lori sampah angkut lelaki ini kutip dulu! Nak boikot biar berilmu, jangan membazir

Jirannya dikatakan membuang beberapa barangan daripada jenama yang menyokong Israel.

SEMANGAT solidariti membuatkan ramai pengguna mengambil keputusan untuk memboikot beberapa produk dan jenama yang dikeluarkan negara Barat.

Malah sejak seruan boikot dilancarkan baru-baru ini, media sosial dipenuhi dengan luahan individu, sama ada mereka yang terkesan dengan situasi semasa mahupun yang bertegas melaksanakannya.

Seperti perkongsian seorang pelayar Facebook ini, dia mengakui telah mengutip beberapa barangan dapur yang dibuang jirannya kerana jenama tersebut didakwa memberi sokongan kepada Israel.

Hantaran asal yang dibuatnyya berhubung situasi semasa.

Hantaran asal yang dibuatnyya berhubung situasi semasa.

“Jiran saya aura marah dia kat Israel amat tinggi sampai semua ni (barang makanan) nak dibuangnya.

“Nasib baik lori sampah belum datang, saya ambil sajalah... tak salahkan?

“Saya pun boikot juga, setakat tak beli sahaja. Ni yang dah beli dia nak buang... bagus sungguh dia,” ujarnya menerusi hantaran itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Premis makanan naik notis henti jual minuman popular, ganti jenama tak sokong Israel... Ramai puji peniaga berani

ARTIKEL BERKAITAN: Setia hirup kopi jenama dikaitkan dengan Israel, wanita ini tolak gerakan boikot... Simpati nasib pekerja majoriti Melayu Muslim

Menurutnya lagi, kebanyakan barangan yang dibuang masih belum dibuka.

Malah dia turut meminta mereka yang ingin memboikot supaya melakukannya dengan 'ilmu' atau tindakan tersebut hanya akan menguntungkan orang lain.

Menerusi gambar yang dikongsikan, produk yang dibuang oleh jirannya itu adalah jenis minuman dan coklat.

Betul tapi kena fikir juga dari sudut pandangan mereka... Nescafe yang saya dah beli, setiap kali nak bancuh memang rasa bersalah.

WARGA MAYA

Hantaran tersebut turut dikongsikan seorang pelayar X, yang turut bersetuju dengan pandangannya tentang ‘ilmu’ boikot.

“Boikot maksudnya berhenti beli yang baharu. Ini dah beli dulu-dulu, yang jiran dia pergi buang juga kenapa ya? IQ (darjah kecerdasan) 3000 move ni,” ciapnya.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya turut berpandangan sama dan menyifatkan jirannya itu sebagai tidak memahami maksud boikot yang sebenarnya.

Sebahagian reaksi warga maya.

Sebahagian reaksi warga maya.

“Dah beli lama tapi buang, kan jadi membazir pula.

“Nak boikot memang kena ada ilmu. Jangan ingat kita buang tu membawa kebaikan, sebenarnya berdosa sebab membazir.

“Pakai sampai habis apa yang dah terbeli tu, lepas habis jangan beli dah,” ujar beberapa warga maya.

Bagaimanapun segelintir netizen lagi beranggapan bahawa jiran yang dimaksudkan itu mungkin berasa sedih untuk menikmati makanan daripada jenama berkaitan kerana membayangkan mangsa konflik Palestin.

“Betul tapi kena fikir juga dari sudut pandangan mereka... Nescafe yang saya dah beli, setiap kali nak bancuh memang rasa bersalah.

“Rasa bersalah apabila minum sedap lagi-lagi jenama Israel... teringat dekat bayi Palestin yang tak dapat minum,” ujar segelintir lagi netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain