suria

Banyakkan amal, simpan 4 barang persiapan kembali ke zaman manual! Ramai anxiety fikir nasihat wanita ini

Pesanan wanita itu meraih perhatian ramai netizen.

SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas dia membuat perkongsian tentang dunia yang dikatakan sudah tua dan sedang mengampiri penghujungnya.

Menerusi video di aplikasi TikTok, wanita dikenali sebagai Fatihah itu meminta orang ramai mencari beberapa barang sebagai persediaan ke arah itu.

"Start dari sekarang, simpan dan kumpul lilin, pelita, mancis, bahan kering. Nak atau tak nak, kita akan kembali pada zaman manual.

file7pjgywjgj1z1e1p0n68m

Menerusi perkongsian di TikTok, orang ramai turut dinasihatkan untuk menyimpan lilin. -Gambar hiasan

"Hafal surah Al-Kahfi ayat 1 hingga 10. Bekalkan amalan, solat lima waktu, solat tahajud serta solat taubat. 'Dia' akan tiba tidak lama lagi.

"Kiamat makin dekat. Ilmu survival masa dunia kering kontang. Bekalkan makanan zikir harian," ujar wanita yang bekerja dalam bidang perubatan itu.

Video yang meraih lebih 220,000 tontonan itu turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah yang mengakui sudah mula membuat persiapan sama.

Bekalkan amalan, solat lima waktu, solat tahajud serta solat taubat. 'Dia' akan tiba tidak lama lagi.

FATIHAH

Malah, netizen turut berpesan sesama sendiri agar mempelajari ilmu kelangsungan hidup bagi berdepan dengan dunia akhir zaman.

"Alhamdulillah sekarang saya dah mula beli barang-barang yang caj guna solar, lampu guna solar, lilin, mancis dan beras pun saya packing letak silica food

"Kena tahu ilmu survival skills. Tahu hidup dalam hutan. Daun yang boleh dibuat ubat, makanan yang boleh dimakan, bertani.

ARTIKEL BERKAITAN: Kita sudah berada di akhir zaman... Ambillah iktibar berdasarkan 4 tanda pesan nabi

ARTIKEL BERKAITAN: Takut kiamat datang cepat kalau Palestin merdeka? Muhasabah diri, umat Islam jangan ragu-ragu kekuasaan Allah

"Tin-tin minuman kosong jangan buang. Boleh jadikan pelita. Kami dari dulu raya memang pakai tin minuman je. Beli sumbu je.

"Kena belajar memanah lepas ni. Buat standby jika berlaku apa-apa," tulis beberapa netizen.

Selain saranan tentang barang-barang serta persiapan diri, segelintir netizen mengakui mereka mula cemas dan takut apabila memikirkan kehadiran akhir zaman.

"Aku jadi anxiety kalau nampak posting-posting macam ni.

kiamat2

Antara komen netizen di media sosial.

"Sebab tu nampak posting macam ni, aku scroll je. Cuma buat persediaan yang mampu je la dan banyakkan amal.

"Saya pun jadi tak dapat tidur malam. Bingung memikirkannya," tulis beberapa netizen lagi.

Topik tentang hari kiamat kecoh diperkatakan sejak serangan terbaharu rejim zionis Israel ke atas Palestin.

Malah, mStar pada 31 Oktober lalu turut melaporkan teguran pendakwah bebas Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee kepada netizen yang menyuarakan rasa takut sekiranya kemerdekaan Palestin akan membawa kepada kemusnahan dunia dan seterusnya berlaku kiamat.

Dalam temubual bersama mStar, Ridhuan meminta orang ramai membuang pemahaman sebegitu kerana hari kiamat merupakan kekuasaan Allah yang tidak dapat diramal oleh manusia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain