PEKERJAAN sebagai seorang jururawat sudah pasti sangat mencabar dan memerlukan tahap kesabaran tinggi. Antara dugaan yang perlu dihadapi adalah berdepan pelbagai ragam serta kerenah pesakit. Melalui satu luahan di platform X, seorang jururawat wanita meluahkan rasa terkilan apabila mendengar kata-kata yang disifatkan sebagai biadab daripada seorang pesakit di bawah pengawasannya. Hospital kerajaan menjadi tempat untuk masyarakat mendapatkan rawatan. -Gambar hiasan The Star Menurut jururawat tersebut, pesakitnya itu merupakan seorang lelaki lanjut usia yang dipercayai uzur dan tidak lagi mampu menguruskan diri. "Sedihnya dengar ayat seorang pakcik ni, dia cakap kepada saya, saya bayar gaji misi (jururawat) untuk cuci lampin pakai buang saya. "Ingat kami hamba kuli pakcik ke? Ingat ya, kami buat ni atas dasar ihsan je. Tak padan dengan sakit tapi mulut tak reti jaga. Bila masanya dia bayar gaji kami. ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat cantik ‘menyondol’ tanpa sengaja... Suami kantoi lepas tak bayar hutang! Paling sedih rupanya isteri pertama diugut ARTIKEL BERKAITAN: “Sini hotspot nak beranak, tunggu sehari dua” - Ibu hamil terkejut jururawat suruh ‘layan’ sakit kontraksi 48 jam atas kerusi "Kami siap keluarkan duit sendiri lagi untuk belikan tisu basah, lampin dan apa saja untuk pesakit," kata jururawat tersebut menceritakan isi hatinya. Wanita itu kemudiannya mencadangkan agar pesakit berkenaan pergi ke hospital swasta jika benar-benar berkemampuan. "Geram la sejenis manusia yang fikir kalau pergi hospital kerajaan boleh suruh itu ini dengan alasan, mereka dibayar gaji atau itu memang kerja mereka. Sakitnya hati ni weh. Faham sangat dilema seorang jururawat ini, semuanya salah kita walau apa pun yang berlaku. WARGA MAYA "Ingat satu benda je, hospital tempat merawat bukan pusat kebajikan. "Macam-macam dah yang pernah saya tengok berlaku di sini, ada yang anak tak nak ambil ayah pulang dari hospital, pilih untuk biar je dia meninggal di sini," ujarnya. Selain itu, wanita tersebut turut mengharapkan agar pesakit di hospital mempunyai empati terhadap jururawat. "Kita sebagai manusia, tolong la ada common sense. Kalau nampak kami tengah sibuk, tolong la bersabar. Ini kelam-kabut duduk panggil kami semata nak minta ambilkan air. "Lagi-lagi kalau pesakit orang kena tuduh (OKT), minta tolong la dengan warden kau. Tapi mesti kau tak berani, kau hanya berani mengada dengan jururawat nak minta itu ini, memang kami report je terus. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Maafkan saya sebab mengadu perkara ini di media sosial, tidak wajar, tapi saya juga manusia biasa. "Saya tak sampai hati nak sembur apa yang terpendam dalam hati ini kepada pesakit itu, kerana masih ada rasa hormat," kata jururawat tersebut menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memahami situasi jururawat tersebut dan cuba memberikan semangat. "Sabar ya, jawab elok-elok, faham sakit hati, tapi anggap ini ujian daripada Allah. Sungguh mulia tugas seorang jururawat dan sungguh besar pengorbanannya. "Faham sangat dilema seorang jururawat, semuanya salah kita walau apa pun yang berlaku. "Patutnya cakap je semua ni dekat pakcik tu depan-depan," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube