SUKAN bola sepak merupakan antara aktiviti rekreasi yang digemari masyarakat. Kebiasaannya di peringkat amatur, pemain dalam kalangan belia akan mengadakan perlawanan persahabatan sebagai satu bentuk riadah. Namun adat bermain, seseorang itu masih berisiko mengalami kecederaan yang serius. Begitulah nasib yang menimpa pemuda dikenali sebagai Nidza Afham apabila kakinya mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) berpunca daripada asakan lawan yang terlalu kasar. Insiden di Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mirip dengan situasi Nidza. -Foto BBC Sports Menurut Nidza, dia berasa kesal kerana perlawanan tersebut tidak menjanjikan sebarang habuan tetapi lawannya bermain seperti sedang berentap di pentas Piala Dunia. "Kaki aku ni tengah sakit sangat. Kisahnya macam ni, aku main bola dan lepas tu aku kena tackle. Tapi slide dia jenis yang macam terus kunci kaki aku, kaki aku dekat tengah, kiri dan kanan tu kaki dia. ARTIKEL BERKAITAN: Usia muda dah dipotong kaki sebab kanser tulang, tak sampai setahun hidap barah paru-paru pula... pemuda pinjam semangat Ronaldo teruskan hidup ARTIKEL BERKAITAN: Tengah main badminton tiba-tiba bunyi ‘pop’! Wanita meraung tulang bahu terkehel, kadar kesakitan paling maksimum "Waktu tu pula aku tengah lari, jadi kaki aku memang terasa sentap, tapi tak dengar bunyi patah ke apa sebab keadaan sekeliling tengah bising. Dah kena begitu, aku terus terjatuh dan meraung, memang sakit gila. "Esoknya tu aku pergi jumpa doktor dan buat pemeriksaan ultrasound, doktor pun keluarkan cecair daripada kaki aku dan ada banyak darah. "Apabila dah nampak begitu, besar kemungkinan kecederaan ligamen. Confirm makan masa nak pulih," kata Nidza cuba menguatkan semangat. Yang tackle macam tu, nak main bola ke nak gaduh sebenarnya? WARGA MAYA Tambah Nidza, dia berasa ralat kerana perlu menanggung derita sebegitu berat akibat daripada lawannya yang gelojoh bermain. "Kalau saya fikir balik, dah kena macam ni memang tak berbaloi la, sebab aku main friendly je, bukan ada tournament apa pun. "Kita main perlawanan persahabatan ni bayar 'tong-tong' (kongsi) untuk padang dan pengadil. Main sekadar suka-suka lepaskan gian, sekali kena macam ni. Aku main tak sampai lima minit pun, dah kena keluar padang. "Saya nak nasihatkan kepada yang lain, kalau nak main bola sepak tu hati-hati, takut ada mentaliti player sakit jiwa macam ni, kerja nak parap (main kasar) je. Sebahagian komen warga maya. "Sekarang ni kepuasan main bola aku tak dapat, sakit dan cedera je yang ada," ujar Nidza kecewa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meminta agar pemain yang menjadi dalang membayar ganti rugi kepada Nidza. "Kaki parap ni acah main hebat tapi sebenarnya hauk je. Tahu nak target kaki orang je, tak fikir benda lain dah. "Yang tackle macam tu, nak main bola ke nak gaduh sebenarnya? Kalau ada benda tak puas hati, boleh selesaikan dekat luar padang cara baik. "Saya juga pernah merasai ACL, minta siapa yang tackle tu bayar full kos rawatan semua," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube