AURA wanita berusia mampu membuatkan ramai lelaki tertarik dan mengagumi mereka. Maka tidak hairanlah jika lelaki muda juga sering jatuh cinta dengan wanita lanjut usia kerana kematangan dan pengalaman yang dimiliki. Dek kerana aura itu juga, golongan wanita berusia turut menjadi kegilaan lelaki yang sebaya dengan mereka walaupun sudah mempunyai isteri yang jauh lebih muda. Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang isteri berusia 38 tahun terpaksa menanggung derita apabila dicurangi suami tercinta. Seorang wanita memeriksa telefon bimbitnya. -Gambar hiasan Lebih menyedihkan apabila suaminya yang berusia 55 tahun itu menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerja yang merupakan janda berusia lebih separuh abad. “Dia ada skandal dengan rakan pejabat... janda anak lima berusia 52 tahun. Tak tahu la abang ni apa taste dia, pelik aku,” kata seorang wanita ketika menceritakan perihal pasangan berkenaan. Tanpa mendedahkan identiti, wanita itu memberitahu pasangan berkenaan sudahpun dikurniakan dua cahaya mata. Menurut wanita itu lagi, ketika ini si suami merancang untuk berkahwin dengan janda tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Dua tiga hari sekali mak janda hujung lorong hantar makanan kegemaran suami... Wanita tak sangka rupanya berjiran dengan madu! ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dicerai demi janda muda, rupanya suami pernah terlanjur... Setahun disekat WhatsApp tiba-tiba terima SMS talak tiga Si isteri kemudian meminta suaminya untuk membuat pilihan, namun alangkah terkejut kerana janda beranak lima itu yang dipilih. “Dia pilih janda anak lima. Sebab apa? Sebab janda anak lima tu nak pencen tahun depan. “Kau kejarkan duit pencen orang. Bini kau baru 38 tahun, muda lagi tu,” ujarnya dengan nada kesal. Seorang wanita tidak tahan dengan dugaan yang menimpanya. -Gambar hiasan Jelas wanita itu lagi, si isteri juga sudah bersemuka dengan skandal suaminya bagi membincangkan kemelut yang melanda, namun hasilnya hampa. “Dia minta tarik diri, cakap baik-baik sebab (hormat) dan pangkat makcik. Tapi si janda tu tidak mahu mengalah, dia nak (kahwin) juga dengan suaminya. Janda vogue kot... lelaki sekarang suka perempuan berumur. NETIZEN “Kenapa eh zaman sekarang, bini berusia 38 tahun, kau kejar janda anak lima. Tapi disebabkan apa, dia nak pencen. “Konon kau nak tumpang (kesenangan). Si janda pun rasa ‘aku laku lagi’, ada orang nak... laki orang,” katanya lagi. Di ruangan komen, beberapa netizen turut mendedahkan mereka berdepan dengan situasi sama sehingga rumah tangga berakhir dengan perpisahan. Hubungan retak angkara pihak ketiga. -Gambar hiasan “Ramai orang muda nak kahwin perempuan 50an. Sebab apabila perempuan tua tu mati, dia dapat (duit) pencen. “Sama dengan kes saya. Suami kejar janda anak tiga yang saya kenal pernah makan dan minum di rumah saya. Apabila minta cerai, suami tak nak lepaskan. Saya bertahan demi anak-anak. “Sama dengan kes saya. Duit dia tak boleh guna untuk apa-apa, Habis beribu macam tu je, buat berjoli,” demikian antara komen netizen. Pada masa sama, ada yang berpandangan selain wang pencen, kemungkinan penampilan janda beranak lima yang kelihatan lebih muda turut menjadi daya penarik. “Dah akhir zaman. Janda vogue kot. Lelaki sekarang suka perempuan berumur, tapi kalau saya seram lelaki muda nak yang tua. “Zaman sekarang, orang nak kejar ATM (berduit). Tak hairan sangat dah,” komen yang lain. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube