suria

Tak perlu pakai kain basahan, Ustaz Azhar Idrus pesan suami isteri mandi bersama... Pasangan tua perlu lebih kerap

Ustaz Azhar berkongsi tip kebahagiaan rumah tangga.

PERKAHWINAN merupakan penyatuan antara dua jiwa yang diharap dapat dikekalkan sehingga ke akhir usia.

Seiring peningkatan usia, kemanisan rumah tangga biasanya mula memudar, malah tahap kesihatan turut memberi kesan kepada hubungan mesra dengan pasangan.

Terbaharu, tular sedutan video penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang memberi nasihat kepada suami isteri agar terus menyuburkan rasa cinta meskipun sudah lanjut usia.

WhatsApp Image 2023-12-29 at 4.05.23 PM

Aktiviti mandi bersama boleh mengeratkan kemesraan antara pasangan. -Gambar hiasan

Berkongsi petua, Azhar menyarankan pasangan yang berusia agar melakukan aktiviti mandi bersama sebelum disambut suara gelak ketawa mereka yang menghadiri ceramah itu.

"Makin berumur, makin kita kena kerap mandi bersama. Ia menambah baik pulih rasa cinta kepada pasangan. Tak percaya, cuba terus malam ni. Lelaki umur 60, isteri umur 55.

"Mandi berdua, jangan pakai kain basahan. Telanjanglah. Seronok. Ayah long picit ubat gigi atas kepala mak long. Mak long balas picit conditioner shampoo. Pak long pula picit body lotion atas belakang mak long.

Makin berumur, makin kita kena kerap mandi bersama... ia menambah baik pulih rasa cinta kepada pasangan.

USTAZ AZHAR IDRUS

"Mak long balas dengan Clorox. Meninggal dunia Pak Long, boleh duit. Faham? Kerana apa, kerana tidak ada aurat sampai mati," ujar penceramah terkenal dari Terengganu itu berseloroh.

Video itu dipercayai sedutan daripada sebuah ceramah yang berlangsung sebelum dan dikongsi semula ke aplikasi TikTok sehingga menerima lebih 750,000 tontonan.

"Mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan dan mengeratkan lagi rasa kasih sayang suami isteri," tulis individu yang memuat naik video itu pada ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyakit akhir zaman! UAI tegur pelanggan beratur berjam-jam, rasa hebat beli makanan viral... Peniaga dah tak fikir berkat

ARTIKEL BERKAITAN: Air muka UAI berubah, tiba-tiba pandang atas masa ceramah... Ustaz nampak apa? - “Ya Allah panjangkan usia murabbi kami”

Menjengah ke ruangan komen, ramai individu turut bersetuju dengan saranan itu, malah mengakui ia sememangnya menjadi amalan rumah tangga mereka.

"Alhamdulillah, masih lagi buat. Kadang-kadang anak kecil ketuk pintu. Salah seorang kena diam. Jadi dia pusing satu rumah cari papa atau mama dia.

"Kita daripada awal kahwin sampai sekarang hari-hari mandi sama. Berus gigi pun kongsi selalu.

"Alhamdulillah, dah 11 tahun kahwin. Memang wajib amalkan selagi hayat masih ada.

"Dah 10 tahun kahwin, sampai sekarang masih mandi bersama," tulis netizen di TikTok.

uai2

Pesanan UAI buat pasangan berusia tular di TikTok.

Namun, beberapa individu mendedahkan mereka tidak pernah mencuba aktiviti itu kerana saiz bilik mandi kecil serta malu dengan pasangan masing-masing.

"Kenapa aku rasa segan. Malu-malu ya Allah. Dah ada anak pun. Kalau nak pegang tangan depan anak pun malu.

"Tapi kita terbaliklah pula. Laki kita pula jenis pemalu.

"Bukan tak nak. Bilik air kecil. Payah mandi berdua. Rumah teres katakan.

"Malulah. Tutup lampu boleh?" tulis beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain