KESETIAAN adalah kunci kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan seterusnya menjadikan rumah tangga harmoni sehingga ke akhir hayat. Namun akibat nafsu, wujud dalam kalangan suami mahupun isteri yang mengkhianati hubungan menjadi punca berlakunya penceraian. Seperti yang dialami lelaki ini, isterinya didakwa melakukan zina dengan rakan sekerja. Lebih menyedihkan lagi apabila wanita tersebut kini sedang hamil. Lelaki ini bimbang tentang masa hadapan anaknya. -Gambar hiasan Berkongsi cerita, lelaki yang enggan dikenali itu menyatakan isterinya mengaku curang dan berzina sehingga tidak mengetahui status anak dalam kandungan. "Saya rekod setiap percakapan dan pengakuan dia. Ada juga bukti chat dengan lelaki lain. "Dalam masa sama dia juga sedang hamil dan tidak diketahui sama ada anak saya atau tidak," ujarnya memulakan cerita. Menerusi pengakuan yang dibuat, isterinya yang merupakan penjawat awam di sebuah hospital kerajaan menyatakan hubungan terlarang dijalinkan bersama rakan sekerja. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis rela hati kongsi ‘50-50’ perbelanjaan rumah tangga, asalkan suami setia... Natizen kata tak rasional, kahwin dulu baru cakap! ARTIKEL BERKAITAN: Derita hingga nafas terakhir! Abang loreng angau dengan wanita lain, isteri pendam sampai jatuh saki Meluahkan rasa sedih, lelaki itu berkata ia berkemungkinan berpunca daripada statusnya yang tidak bekerja sebelum ini dan hanya menjadi 'suri rumah' membesarkan anak berusia dua tahun. "Saya baru mula kerja dengan gaji yang tinggi... tak sampai tiga bulan lagi sebab sebelum ini memang susah nak dapat kerja. "Apabila dah dapat kerja, dia buat macam ni pada saya. Saya yang jaga anak sepanjang dua tahun. "Dia langsung tidak fikir pengorbanan kita," luahnya sayu. Lepaskan cara baik, isteri adalah maruah kita... hantar pada ibu dan ayahnya dengan elok. WARGA MAYA Mengambil keputusan untuk berpisah, dia bagaimanapun mengalami dilema apabila isterinya tiba-tiba menangis dan merayu untuk diberi peluang kedua. "Dia merayu-rayu tak nak buat dah dan minta bagi peluang," ujarnya yang buntu untuk membuat keputusan. Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa simpati. Kebanyakan netizen menasihatinya lelaki ini supaya membuat keputusan yang wajar. Rata-rata meminta supaya dia melepaskan isterinya dan kembali meneruskan hidup dengan baik. "Kalau abang rasa bercerai tu pilihan terbaik, cuba fikir demi anak-anak yang masih kecil... tapi kalau dah pernah bagi peluang dan isteri masih buat juga, carilah pakar kaunseling. "Jangan tanya dekat sini, tanyalah diri sendiri sama ada mampu hadap atau tidak. Solat minta petunjuk Allah supaya diberikan ketenangan hati dan buatlah keputusan sebaiknya. "Lepaskan cara baik, isteri adalah maruah kita... hantar pada ibu dan ayahnya dengan elok. "Nanti buat DNA test (ujian asid deoksiribonukleik) anak, kalau bukan anak encik nanti buat (talak) li'an je... kalau anak encik pun, ceraikan je sebab dia akan buat lagi," ujar beberapa warga maya. Segelintir netizen lagi memintanya menjaga diri sendiri dan kesihatan mental berikutan perbuatan curang pasangan dilihat boleh memudaratkan diri sendiri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube