suria

Kantoi mesej dengan anak ikan siap bersayang-sayang, isteri reda dapat suami gay... Usaha putuskan hubungan songsang gagal!

Perkahwinan boleh runtuh kerana kehadiran orang ketiga. -Gambar hiasan

LELAKI songsang biasanya akan kekal bujang sehingga tua kerana mereka tidak bernafsu kepada wanita.

Namun ada juga golongan lelaki gay yang terpaksa berkahwin atas desakan keluarga, faktor usia atau mahu menutup mulut masyarakat sekeliling.

Di laman X, seorang wanita meraih perhatian netizen apabila mendakwa suaminya merupakan lelaki yang bernafsu songsang.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Ada wanita yang gemar memeriksa telefon suami kerana risau dicurangi. -Gambar hiasan

Menerusi pendedahan yang dibuat baru-baru ini, wanita itu berkata dia terpaksa menyimpan rapi rahsia jijik itu demi mengekalkan keharmonian dalam ruamh tangganya.

"Aku tahu laki aku gay tapi aku simpan sendirian sebab aku tak mahu rosakkan hubungan kami. Aku tahu dia songsang sebab aku jumpa chat dia dengan jantan anak ikan dia.

"Apabila aku tanya siapa tu, dia cakap itu kawan dia saja. Ingat aku bodoh ke, berkawan tapi sayang-sayang?" luah wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Pernah sekali aku periksa history Twitter (X) dia... penuh dengan carian porno gay.

PENGADU

Menurut pengadu, dia cuba untuk menghentikan hubungan terlarang itu namun usaha yang dibuat tidak berhasil memandangkan suaminya sendiri enggan berubah.

"Aku beritahu suami supaya jangan berkawan lagi dengan jantan tu. Siap aku block nombor telefon jantan tu. Eh tiba-tiba aku periksa, dia unblock balik.

"Entahlah sekarang ni aku cuma nak jalani hidup apa adanya saja. Aku reda je lah. Kalau nak tahu, laki aku tu macam lelaki normal je," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah”

ARTIKEL BERKAITAN: Dara tak terusik, isteri hilang arah dapat tahu suami main cinta dengan lelaki... Kalau gay kenapa kahwin?

Selain bukti berbentuk mesej, wanita itu mendakwa suaminya juga gemar melayari media sosial untuk menonton video lucah.

"Pernah sekali aku periksa history Twitter (X) dia. Penuh dengan carian porno gay. Yang lebih menyakitkan, aku tahu benda ni semasa aku hamil.

"Aku search the whole conversation dia dengan jantan-jantan. Tapi setakat ni aku tak pernah jumpa pula bukti dia pernah check in ke tak," katanya lagi.

photo (4)

Ada lelaki gay yang berkahwin atas desakan keluarga. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, seorang netizen berkata suami kepada wanita itu bukanlah gay, sebaliknya dia merupakan lelaki biseksual kerana kecenderungan nafsunya terhadap kedua-dua jantina.

"Ini namanya biseksual. Dua-dua dia suka.

"Anon. Dah tahu dia gay. Cerai je lah. Bodoh apa hang ni?

"Esok dah kena HIV takkan baru nak menyesal," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain