suria

Wanita pindah rumah tak tahan ‘bela’ 2 abang dan adik pemalas! Dah macam kuli, ibu masih ‘backup’ anak lelaki

Menguruskan kerja rumah sendirian boleh menyebabkan tekanan. -Gambar hiasan

AKIBAT tidak tahan lagi menjadi 'hamba abdi' dalam keluarga, seorang wanita mengambil keputusan untuk meninggalkan kediamannya.

Namun, tindakannya itu hanya menimbulkan rasa bersalah dalam diri apabila dia seolah-olah lari daripada tanggungjawab sebagai satu-satunya anak perempuan.

Sebagaimana dikongsikan pengadu di X, wanita ini sebenarnya penat menguruskan kerja rumah apabila sudah memiliki kerjaya.

"Saya ni anak derhaka ke ye? Saya anak tunggal perempuan. Saya ada dua abang dan seorang adik lelaki.

"Tapi sejak bekerja ni baru saya mula rasa lelahnya menjadi anak tunggal perempuan (dalam keluarga)," jelasnya.

Menguruskan kerja rumah juga merupakan tugasan kaum lelaki. -Gambar hiasan

Menurut wanita ini, dia terpaksa menyediakan bekal makanan untuk adik beradiknya yang sudah dewasa itu.

Malah, segala urusan mengemas rumah dan mencuci pakaian kotor juga menjadi tugasan 'rasmi' dirinya.

Lebih membuatkan wanita ini terkilan apabila ibunya memilih untuk mempertahankan adik beradiknya.

"Bangun awal pagi siapkan bekal adik beradik. Sudahlah mereka jenis 'otak tercirit dekat jamban'. Baju kotor tak reti letak dalam bakul.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkira, isteri tak boleh mengadu penat buat kerja rumah sebab dah diberi nafkah - “Boleh ke saya kata letih bayar rumah bulan ni?”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki tak sanggup lihat ibu melutut, menangis mengadu nasib penat buat kerja rumah... Rasa terbeban dapat suami pemalas

"Pinggan, cawan kotor pun tinggal dekat singki. Makanan dalam plastik kalau habis mereka tinggal saja atas meja. Sebenarnya saya kena bersihkan untuk mereka, buat kerja rumah ditambah dengan kerja sepenuh masa.

"Masalahnya kalau saya membebel dekat mereka, mesti mak akan tegur siap suruh lagi buat semua tu. Tambah beban semata-mata," katanya.

Memandangkan dia sudah tidak tahan lagi untuk tinggal di bawah satu bumbung, wanita ini memilih untuk keluar dari rumah tersebut.

Saya okay je nak tolong mak saya tapi tak nak la jadi kuli adik beradik.

KAKAK

Bagaimanapun, timbul rasa serba salah terhadap ibunya yang kerap mengeluh kepenatan menguruskan kerja rumah setelah ketiadaannya.

"Sejak saya tiada dialah yang buat semua kerja saya buat sebelum ni. Berbuih mulut saya dah kata suruh je anak-anak lelaki tu.

"Tapi ada saja alasan. Saya bukanlah lari daripada tolong mak tapi saya penat la. Adik beradik bukannya 'bedridden' sampai semua benda kena dipersiapkan.

"Saya okay je nak tolong mak tapi tak nak la jadi kuli adik beradik. Faham kan," ujarnya meluahkan isi hati.

Komen netizen pada hantaran asal.

Hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang bersetuju dengan tindakan wanita ini meninggalkan rumahnya.

"Tak derhaka pun awak. Mak awak yang biarkan anak-anak dia jadi macam tu. Dia tak boleh harapkan anak perempuan dia pun tinggal selamanya dengan dia.

"Akhirnya nanti setiap ibu bapa perlu bersedia untuk anak mereka tinggalkan rumah dan mulakan kehidupan sendiri (kecuali sakit dan bedridden ke apa la). Biar je mak awak," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain