MENURUT kepercayaan sesetengah kaum atau etnik, penggunaan nombor tertentu boleh membawa tuah atau mengundang nasib malang. Justeru, seboleh-bolehnya angka tersebut tidak digunakan dalam kehidupan dan digantikan dengan abjad atau digit bersesuaian lain. Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang lelaki tampil menceritakan masalah yang bakal timbul susulan amalan sedemikian terutamanya kepercayaan angka 4 yang perlu digantikan kepada 3A. Rumah pangsa dihuni oleh mereka daripada pelbagai latar belakang. -Gambar hiasan "Pihak berkuasa tempatan (PBT) kena hentikan penggunaan 3A bagi menggantikan nombor empat (4) pada bangunan kediaman. Benda ini mengelirukan kanak-kanak yang sedang mengenali turutan nombor. "Pernah saya masuk lif, ada beberapa adik sekolah rendah, mereka duduk bercakap sesama mereka, mana tingkat 24? Tingkat 23 dah ada, lepas tu terus 23A, mana 24 ni? "Kesian saya tengok mereka, saya pun terpaksa masuk campur, 23A tu sebenarnya tingkat 24 adik, tak tahu kenapa mereka letak 23A, adik tekan je. Rupa-rupanya budak-budak tu baru darjah satu. ARTIKEL BERKAITAN: Wah, siap ada balkoni! Ramai keliru tengok bangunan flat menumpang rumah ‘teres’ 2 tingkat, ada yang kata ini ‘B40 kayangan’ ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kagum kecanggihan, kebersihan rumah pangsa di JB tapi netizen ada rasa musykil - “Flat paling bersih kat Singapura je” "Apabila ada turutan nombor 'istimewa' macam 23A ni, jadi satu hal pula orang dewasa dan ibu bapa nak kena jelaskan. Perkara merepek sebegini harus dihapuskan," gesa lelaki itu. Tambahnya lagi, ia juga turut menyulitkan golongan warga emas yang mungkin tidak cakna dengan trend turutan nombor berkenaan. "Kesian pakcik dan makcik kampung yang datang ke bandar. Nak tekan lif pun boleh terkeliru. Tapi dalam isu ni, budak-budak yang paling terkesan. Bayangkan, di tadika dan pra-sekolah cikgu ajar 4, balik rumah jadi 3A. Tak salah nak mempercayai nasib malang pada nombor empat, tapi jangan la sampai nombor aras bangunan pun nak dikacaunya. WARGA MAYA "Jadi budak-budak akan pening, mana satu yang boleh diterima pakai? Suatu hari nanti benda ni akan jadi satu permasalahan yang besar. "Setahu saya, dekat seluruh dunia belum ada lagi sistem yang tukar nombor 4 jadi 3A. Apa badi yang ada dekat nombor empat ni sampai ditakutkan sangat?" soal lelaki itu menutup bicara. Menjengah ke ruangan komen, warga maya berpendapat adalah tidak wajar untuk mencampuri kepercayaan adat dengan urusan yang berkepentingan kepada masyarakat. Warga maya lain berkongsi perkara sama di apartment mereka. "Tak salah nak mempercayai nasib malang pada nombor 4, tapi jangan la sampai nombor aras bangunan pun nak dikacaunya, berpada-pada. Buat macam ni dah menyusahkan ramai orang. "Tak wajar begini, bayangkan jika dibiarkan melarat, sampai satu tahap nak tulis tarikh pun akan kelihatan seperti ini, 21/1/2023A. Kalau sesama kawan, ahli keluarga dan saudara nak percaya boleh, tiada masalah. "Jangan sampai melibatkan hal-hal masyarakat," kata beberapa warga maya memberikan pandangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube