suria

Remuk hati dapat tahu pesakit sendiri rupanya ex-GF suami! Dah banyak kali ’bersama’, depresi ditinggalkan macam sampah

Seorang doktor tidak menyangka pesakitnya adalah bekas kekasih suami sendiri. -Gambar hiasan The Star

HAKIKAT yang pahit untuk ditelan bagi segelintir pasangan suami isteri yang perkahwinan mereka diatur oleh keluarga.

Mana tidaknya, hanya selepas berkahwin barulah hati budi dan baik buruk masing-masing dapat diketahui.

Begitu juga dengan wanita ini yang mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka kurang setahun lalu, menerusi perkahwinan yang diaturkan keluarga.

“Mentua aku ajak mak aku berbesan. Mereka sama-sama jemaah masjid,” katanya menerusi satu luahan di laman X.

Seorang doktor merawat pesakit wanita. -Gambar hiasan The Star

Bertugas sebagai pakar terapi di sebuah hospital, katanya, hatinya remuk saat merawat salah seorang pesakit.

Tanpa diduga, pesakitnya itu merupakan bekas kekasih kepada suaminya sendiri dan apa yang paling dikesalkan adalah kedua-dua mereka pernah terlanjur!

“Orangnya muda lagi, awal 20an. Aku tahu sebab ex girlfriend dia (suami) dipindahkan sebagai pesakit aku. Jadi aku pakar terapi ex dia.

“Sebelum aku dan suami kahwin, dia dah banyak kali terlanjur dengan girlfriend dia. Selepas dah kena ‘guna’ dengan suami aku, ex dia kena tinggal macam tu je,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kerja ‘gomen’ gaji RM8K pandang suami sebelah mata, selalu ugut nak naik mahkamah... Tergamak gelar ‘biawak hidup’

ARTIKEL BERKAITAN: Suami alim, solat tak tinggal tapi isteri berkerjaya makan hati! Kahwin 21 tahun, duit gaji 5K tetap kena ‘control’

Terkilan dengan situasi yang menimpa dirinya, dia berkata selama ini menjaga batas diri sebagai wanita Muslim dengan tidak melakukan maksiat.

Walaupun kecewa, dia bagaimanapun mengumpulkan keberanian untuk bersemuka dengan suami mengenai kisah silamnya.

“Aku kecewa betul sebab aku jaga diri aku. Couple pun tak pernah. Bila aku bersemuka dengan suami, dia kata terpaksa (tinggalkan) sebab mak ayah dia dah jodohkan dengan aku.

“Jadi dia tinggalkan ex dia. Sampai budak tu mengalami kemurungan, major depressive disorder (MDD) dan cuba bunuh diri selepas kena tinggal,” jelasnya.

Satu pasangan akhirnya berpisah membawa haluan masing-masing. -Gambar hiasan

Wanita itu kemudian cuba mendapatkan kepastian daripada keluarga mentua mengenai perkahwinan mereka yang diaturkan.

Sebaliknya, jawapan yang diberikan mereka ternyata berbeza daripada alasan suami.

“Bila tanya dekat mentua dan adik-beradik dia, mereka tak ada pun kata dia kena paksa kahwin. Memang betullah apa ex dia cakap. Masa putus tu macam sampah je dia tinggalkan.

Sampai budak tu mengalami kemurungan, major depressive disorder (MDD) dan cuba bunuh diri.

ISTERI

“Kata ex dia, dia layak dapat yang lebih baik. Padahal jackpot kahwin dengan aku kerja kerajaan. Aku pernah dengar mentua aku cakap dia nak menantu kerja kerajaan.

“Aku tak tahu apa lagi suami aku sorokkan. Solat pun ponteng dan rosakkan anak orang. Macam-macam perangai lagi. Aku rasa nak suruh dia kahwin dengan ex dia tu,” katanya yang mempertimbangkan untuk berpisah dengan suami durjananya itu.

Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita yang merupakan penjawat awam itu, termasuk bekas kekasih suaminya yang kini mengalami kemurungan.

Pada masa sama, ramai yang berang dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

“Lelaki sundal, dah rosakkan anak orang senang-senang je blah. Tiba-tiba kena paksa (kahwin) dengan famili. Mak bapa suruh hidup ikut ajaran Islam, tak ikut pula.

“Cerai! Kamu layak mendapat seseorang yang lebih baik. Dasar lelaki nak yang dara, tapi dah rosakkan anak orang,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain