MASALAH kecurangan dalam rumah tangga berlaku bagai tiada kesudahan, tidak kiralah sama ada pelakunya suami atau isteri. Seorang wanita berdepan nasib sama apabila berdepan masalah suami curang dan terbaharu kecurangan itu berjaya 'dihidu' buat kali ketiga. Sebagaimana diceritakan si isteri menerusi Facebook Tanya Peguam, dia berkata kecurangan suaminya masih belum di tahap kritikal sehingga terlanjur dengan mana-mana wanita. "Baru-baru ini, suami kantoi curang buat kali ketiga dengan janda anak satu. Setakat ini belum tahap berzina. Hubungan sulit suami lambat laun akan diketahui isteri. -Gambar hiasan "Hanya dating (berjumpa), mesej di WhatsApp atau komen di media sosial yang tak sepatutnya seorang suami lakukan. "Senang cerita test market, sweet talker dan seorang 'buaya darat' (kantoi di WhatsApp dan media sosial)," ujarnya mendedahkan sikap suami. Menurut wanita itu, dia sebelum ini berkali-kali memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah kerana masih sayangkan rumah tangga mereka. Namun segala pengorbanannya seolah-olah tidak dihargai malah dikhianati apabila suaminya masih bermain kayu tiga. ARTIKEL BERKAITAN: Baru setahun kahwin isteri asyik minta cerai, lari rumah mak! Suami disaran bersabar, itu cara orang perempuan gaduh ARTIKEL BERKAITAN: Suami berani naik tangan pukul isteri, depan mak ayah uzur pun pernah! Wanita akhirnya fail cerai tunjuk bukti badan lebam-lebam "Nampak macam bukan masalah yang besar, tapi saya sangat kecewa dengan perbuatan suami berkali-kali melakukan hal yang sama. "Rasa tak dihargai langsung. Gaji suami RM1,500. Gaji saya 3 kali ganda. Secara amnya, saya banyak bantu kewangan suami. "Awalnya saya ikhlas nak bantu dan masih boleh bertolak ansur. Tapi bila perangai tak berubah, saya jadi tak ikhlas dan selalu naik angin," ujarnya. Malah, cubaanya beberapa kali untuk berpisah sebelum ini juga gagal apabila termakan pujuk rayu suami yang dikatakan mulut manis. Mahkamah tak akan sahkan lafaz taklik yang belum berlaku perlanggaran. NURUL HALIDA PEGUAM SYARIE Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini timbul rasa hilang kepercayaan dan tawar hati apabila suaminya masih tidak berubah. Situasi ini membuatkan dia ingin merombak semula lafaz taklik perkahwinannya sebagai cara untuk berpisah dengan suaminya sekiranya perbuatan sama masih dilakukan. "Pernah beberapa kali minta suami ceraikan saya sebab dah tawar hati dan hilang rasa percaya. Tapi dia menolak atas alasan masih sayang dan kesiankan anak perempuan berusia 3 tahun 6 bulan. "Saya terfikir untuk revise lafaz taklik untuk jaminan hidup saya (saya pun nak hidup bahagia). Jika dia ulang perbuatan yang sama maka jatuh talak," katanya. Dalam hantaran sama, wanita ini turut bertanya mengenai langkah yang perlu diambil bagi mendapatkan pengesahan mahkamah mengenai lafaz taklik berkenaan. Menjawab persoalan, seorang peguam syarie, Nurul Halida menjelaskan lafaz taklik boleh dilakukan semula di mahkamah syariah apabila berlaku perlanggaran pada perjanjian sebelum ini. Mahkamah tak akan sahkan lafaz taklik yang belum berlaku perlanggaran. "Mahkamah tak akan sahkan lafaz taklik yang belum berlaku perlanggaran. Ni bahaya kalau puan tak tau suami curang. "Ayat formal tu kena yang terluncur dari mulut si pelafaz. Sebaiknya puan buat aduan di pejabat agama tentang perangai suami. Cerai jalan terakhir. Hentikan segala tanggungan terhadap suami," katanya memberi penjelasan. Taklik adalah perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak diperuntukkan dalam akta, enakmen atau Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Menurut portal Jabatan Bantuan Guaman, cerai taklik merupakan lafaz cerai dikaitkan dengan suatu janji yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah disempurnakan. Pada lazimnya, taklik tersebut dilakukan sekiranya suami meninggalkan isteri lebih dari enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin secukupnya. Selain itu, perpisahan berdasarkan taklik juga boleh dibuat sekiranya suami memukul atau mendera isteri atau mendatangkan mudarat kepada pasangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube