suria

Wanita tergamam suami suruh kencing tepi surau! Jauh beza layanan pasangan naik Alphard, isteri dilayan penuh kasih sayang

Sikap membandingkan pasangan tidak baik untuk hubungan rumah tangga. -Gambar hiasan

ALAM rumah tangga tersimpan 1001 cerita suka dan duka yang perlu diharungi setiap pasangan dengan sabar dan rasional.

Jika tidak, bahtera rumah tangga yang dikemudi pasti karam di tengah lautan hingga timbul penyesalan.

Perkara sama sedang dihadapi wanita yang dikenali sebagai Siti Aisyah yang mengakui kehidupannya kini penuh ranjau dan sering dirundung kesedihan.

Bukan itu sahaja, dia turut berharap dirinya dan pasangan dapat berpisah.

Pasangan suami isteri tidak lekang daripada ujian rumah tangga. -Gambar hiasan

Pasangan suami isteri tidak lekang daripada ujian rumah tangga. -Gambar hiasan

"Ya Allah, aku tak tahu kenapa Engkau ketemukan aku dengan pasangan yang sentiasa layan aku dengan rasa tiada kasih sayang.

"Sesungguhnya hati aku dah lama sakit ya Allah. Tolong aku, lepaskan aku daripada genggaman dia jika dia bukan pasangan yang baik untuk aku dan agamaku," katanya menerusi satu luahan di TikTok.

Menerusi hantaran yang dibuat, dia juga memuat naik tangkap layar 'diari' yang bertarikh 14 Jun 2024, pukul 8.55 malam.

Berdasarkan kisah yang dikongsikan itu, wanita ini seolah-olah kecewa kerana suaminya dikatakan tidak prihatin seperti pasangan yang lain.

Malah dia membandingkan sikap suaminya ketika berhadapan situasi yang sama dengan pasangan lain ketika sedang mengisi minyak kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami melenting setiap kali diminta tolong, dingin dengan anak-anak... Isteri akhirnya hilang sabar dapat tahu pasangan main Omi!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rindu sikap di awal perkahwinan, suami malas layan luahan hati isteri... Anggap terbawa-bawa adegan drama

"Berhenti stesen minyak, dia isi minyak dan aku tumpang sekaki pergi tandas tapi air tiada.

"Ada satu pasangan ni, isteri dia cakap pada suami yang air tiada dan si suami angguk serta ajak singgah tempat lain.

"Aku pun nak cuba nasiblah, perasan suami aku tu macam orang lain yang ambil kisah pasal isteri dia... aku pergilah cakap air tiada tapi dia suruh ambil botol," luahnya sayu.

Sudahlah hampa, wanita ini dikejutkan pula dengan reaksi suaminya yang meminta dia membuang air kecil di kawasan gelap meskipun terdapat ramai orang.

Ujian kita semua tak sama, kalau nak rasa tenang jangan membandingkan suami kita dengan suami orang lain.

WARGA MAYA

"Dia suruh aku kencing dekat belakang stesen minyak, gelap dan ada orang dekat situ.

"Lepas dia tunjuk dekat bahagian ada cahaya lampu, tapi itu surau. Aku pun masuk kereta dengan hati yang hampa," katanya.

Ekoran daripada itu, dia terus sahaja masuk ke dalam kereta dan mendiamkan diri.

Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan membandingkan pula sikap yang ditunjukkan suaminya dengan pasangan tadi.

"Pasangan tadi naik Alphard, suami gemuk dan isteri pun berisi tak bersolek. Aku nak cakap dekat sini yang orang baik akan layan isteri dia tanpa fikirkan tentang rupa dan harta.

"Ini ada rupa sikit, ada harta sikit, kereta pun Proton Saga yang muat-muat enam beranak tapi layan isteri dengan sombong dan berlagak," tambahnya.

Sesetengah warga maya menitipkan nasihat pada wanita ini.

Sesetengah warga maya menitipkan nasihat pada wanita ini.

Luahannya itu mendapat perhatian pengikut media sosialnya.

Ramai yang menyatakan dia tidak bersyukur dengan pasangan yang ada dan gemar membanding-bandingkan sikap suami.

Malah ada juga yang menyatakan bahawa sikapnya itu menjadi punca kepada rasa sedih yang terbuku dalam dirinya.

"Dalam hidup ini jangan bandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain sebab kita tak tahu ada baik pasangan kita yang tiada pada orang lain.

"Tak susah pun awak, awak cakap je nak pergi tandas lain. Ada laki yang tak reti tapi kita kena ajar dia dan lama-lama dia sendiri faham. Komunikasi tu penting dalam sesuatu hubungan.

"Ujian kita semua tak sama, kalau nak rasa tenang jangan membandingkan suami kita dengan suami orang lain. Insya-Allah apabila kita ikhlas hidup kita tenang," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain