ISTERI yang turut mencari rezeki demi meringankan beban suami bagi memenuhi keperluan keluarga seharusnya diberikan pujian. Namun, jika ada suami yang mengambil kesempatan terhadap pengorbanan isteri dan hanya bergantung pada isteri sepenuhnya ibarat menanggung 'biawak hidup'. Seorang wanita berusia 28 tahun, tidak lagi tahan dengan sikap suaminya yang pemalas sehingga membuatkan dirinya mahu memfailkan perceraian. Sikap tidak bertolak ansur boleh menyebabkan keretakan rumah tangga. -Gambar hiasan "Suami saya malas cari kerja. Pendapatannya hanya antara RM700 dan RM800 sebulan, yang selebihnya saya yang tanggung. Pakaian anak-anak, saya yang beli. "Kalau tak beli tak bertukar baju. Baju raya hanya beli masa pengeluaran RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dahulu, yang lain termasuk baju Melayu dia saya juga yang beli," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Usaha cari nafkah lepas dipecat, enggan dilabel ‘biawak hidup’... Isteri bergaji besar malu suami kerja sementara jadi pak guard ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji kecil tetap mahu jadi ‘provider’, tanggung semua perbelanjaan... Isteri bekerja dihalang bantu, guna wang untuk keluarga Sepanjang hampir enam tahun usia perkahwinan mereka, katanya, dia cukup bersabar tetapi kesabaran itu menyebabkannya dirinya tertekan kerana suami yang pemalas enggan berubah. "Dia asyik tengok telefon saja. Saya kena keluar lebih, semua benda kongsi termasuk susu, lampin anak. Sampai saya rasa dia ambil kesempatan sebab saya bekerja. "Kalau anak sakit, saya la yang ajak pergi klinik. Kadang suami buat muka, selalu cakap duit dia habis dekat kami. Mana cukup gaji RM700, RM800 untuk satu keluarga. Anak dua, masih kecil. Rumah pun menumpang," luahnya. Saya atau suami ketua keluarga? ISTERI Perkongsian wanita itu mengundang kecaman segelintir netizen yang beranggapan wanita itu mata duitan dan hanya mencari salah suami. Tuduhan itu mengundang rasa marah wanita terbabit dengan menganggap warga maya memahami kerana tidak berada dalam situasinya. Isteri turut mengeluarkan belanja untuk keluarga. -Gambar hiasan "Senangnya awak labelkan saya. Awak ingat saya buat keputusan sebab suami saya susah ke? Awak jangan menilai orang sampai macam ni. "Duit saya yang bagi anak-anak makan. Bawa anak berjalan-jalan guna duit saya. Suami beli rokok pun minta duit saya. Sekolah anak pun duit saya. Kereta, motosikal, bayar bil elektrik semua duit saya. Tanpa kongsi," tegasnya. Turut membangkitkan kemarahan wanita itu apabila mendakwa suaminya tergamak mencuri wang miliknya. "Curi-curi buka dompet saya ambil duit tanpa beritahu. Habis awak nak labelkan apa kalau lelaki macam ni? Adakah seorang perempuan kena terima seadanya sampai suami lupa tanggungjawab? "Saya atau suami ketua keluarga? Kalau saya tahu suami jadi tak bertanggungjawab, buat apa saya nak kahwin. Saya Tuhan ke, boleh ramal masa depan? Sama ke perwatakan orang sebelum dan selepas kahwin?" soalnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube