MAJLIS ilmu yang bermanfaat pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW sebagai taman-taman syurga. Setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dialu-alukan untuk mengimarahkan sesi perkongsian ini. Bagaimanapun melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita yang membawa anaknya mengikuti majlis ilmu di sebuah masjid menzahirkan rasa terkilan dengan sikap jemaah dalam program tersebut. Kata-kata kasar seseorang boleh mengguris hati. -Gambar hiasan Menurutnya, seorang hadirin yang lanjut usia dikatakan bersikap cerewet terhadap anaknya sehingga menimbulkan rasa kurang selesa. "Tak sangka masih wujud makcik 'bawang' pada zaman sekarang ni. Kisahnya begini, saya bawa anak yang berumur tujuh tahun untuk sertai satu majlis ilmu sekitar komuniti perumahan di Kuala Lumpur. "Saya kenal anak sendiri, saya yakin dia akan berkelakuan baik dalam majlis ilmu itu walaupun masih kecil. Topik yang dikupas pada hari tersebut adalah berkaitan hidup dan mati, saya nampak anak memang minat dengan apa yang dibicarakan. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyumpah dalam hati budak bising di masjid, terus Allah beri ‘teguran’ jangan cepat ‘judge’ orang lain ARTIKEL BERKAITAN: “Maafkan ibu bawa awak teman” - Wanita menyesal bawa anak ke masjid, ada makcik maki sampai menangis "Secara berkala anak akan bertanya soalan dekat saya, dia bisik pada telinga ni. Kami juga duduk di barisan belakang berhampiran pintu supaya tak mengganggu hadirin lain. Antara pertanyaan anak adalah berkaitan malaikat Munkar dan Nakir. "Adakah malaikat ini yang akan menyoal kita di kubur nanti, saya pun jelaskan kembali dengan nada perlahan. Tiba-tiba ada seorang makcik ni tegur saya... kalau nak bercakap, keluar la," imbasnya kecewa. Wanita itu kemudian meminta anaknya untuk tunggu di luar kerana tidak mahu menimbulkan sebarang ketegangan dalam majlis ilmu terbabit. Awak seorang ibu yang bagus, terus biasakan anak untuk mendekati ilmu. WARGA MAYA "Sepanjang majlis ilmu itu berjalan, kebanyakan masa anak hanya duduk diam dan mendengar. Dia tak menyebabkan sebarang gangguan pada orang lain pun, sesekali je dia berbisik tanya soalan dekat saya. "Tapi tak mengapalah, saya suruh anak duduk di luar sementara tunggu kelas habis. Nanti saya terangkan semula kepada dia tentang intipati yang dikongsikan. Cuma saya sedikit geram, selepas anak keluar, makcik tu boleh tidur pula. "Padahal tengah dalam majlis ilmu ni, makcik tu lena sampai kepalanya tersengguk-sengguk. Saya terdetik dalam hati, kalau generasi akan datang tak ramai datang majlis ilmu, orang seperti makcik ni patut disalahkan," ujarnya. Pelayar bertukar pandangan. Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat memuji keperibadian matang yang ditonjolkan oleh si ibu. "Saya rasa kita pergi majlis ilmu yang sama, saya dapat dengar suara si cilik awak sayup-sayup dari belakang. Saya tak rasa mengganggu pun, malah saya berbangga kerana masih ada budak kecil yang suka pergi kelas ilmiah seperti ini. "Awak seorang ibu yang bagus, terus biasakan anak awak untuk mendekati ilmu. Biarkan orang yang kolot nak cakap apa, mereka patut risau kalau nanti tiada langsung suara budak di masjid atau surau, tinggal golongan warga emas je. "Biasalah orang tua kan, macam mereka yang terpaling tahu tentang dunia ni," kata pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube