suria

Nak ganti kasut kerja pun berkira, jimat demi keluarga... Isteri hamil rancang hadiahkan suami PS5, mahu pasangan ada masa untuk diri sendiri

Demi menghargai suami seorang isteri hamil rancang hadiahkan pasangan PlayStation 5. -Gambar hiasan

TANPA mengenal usia, asal namanya lelaki pasti sukar untuk memisahkan mereka dengan permainan video.

Namun boleh dikatakan ramai dalam kalangan wanita tidak begitu menyokong hobi suami mereka bermain permainan video di rumah atas pelbagai alasan.

Berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila dia menyatakan hasrat untuk menghadiahkan PlayStation 5 (PS5) kepada suami tersayang.

Suami hanya inginkan PS4 yang dikeluarkan pada 2013. - Gambar hiasan

Bermain permainan video juga boleh menjadi aktiviti santai setiap pasangan. - Gambar hiasan

"Suami saya dah berbulan-bulan menyebut nak beli PS4. Tapi dia tak beli sebab saya nak beranak dah... nak kena menyimpan.

"Tapi kita ada duit lebih. Okay ke belikan dia peranti mainan ni sebagai hadiah hari jadi," kata wanita bagi mendapatkan pandangan warga maya di media sosial.

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat respons pelbagai daripada warga maya dengan ada yang bersetuju dan ada pula beranggapan sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Top 5 Viral: Rumah seram Cikgu Sarah bikin suspen, suami 'hint' PS5

ARTIKEL BERKAITAN: PS5 dikatakan pembersih udara keluaran terbaharu... suami akhirnya ‘terjerat’ jawapan bijak isteri - “Dia pintar atau cuma tengah layan kebodohan aku

Menjawab kepada kebimbangan netizen, wanita itu yakin isu lalai dan leka bermain permainan video tidak timbul kerana dia mengenali sikap dan keperibadian suaminya yang tahu mendahulukan perkara penting.

"Berkiranya suami saya dengan diri dia sendiri hinggakan kasut kerja dah koyak rabak masih pakai sampai saya paksa beli baru.

Kalau boleh biar ada juga bahagian untuk dia bersendirian, saya tahu dia kerja kuat untuk saya.

ISTERI

"Itu pun sebelum beli tu, hari-hari tanya... boleh ke sayang saya nak beli kasut? Saya suruh beli baru dia beli itu pun yang murah," kata wanita itu lagi.

Selain itu katanya, suami sudah membuat simpanan untuk dia bersalin di hospital swasta dan perkhidmatan penjagaan dalam pantang.

"Barang bayi pun lengkap. Cumanya kita ni kalau boleh, biar ada juga bahagian untuk dia bersendirian sebab saya tahu dia kerja kuat dan sedaya upaya lakukan yang terbaik untuk saya," katanya.

Perbelanjaan untuk bersalin perlu disediakan secukupnya. -  Gambar hiasan

Perbelanjaan untuk bersalin perlu disediakan secukupnya. - Gambar hiasan

Malah wanita itu juga bersetuju dengan saranan netizen agar dia menghadiahkan suaminya PS5 dan bukannya siri terdahulu kerana sudah lama dan ketinggalan dari segi teknologi.

"Betul, saya nak belikan PS5 bukan PS4. Dia je nak PS4 sebab katanya lagi murah dan nak beli yang terpakai je.

"Hari tu saya dah belanja dia sewakan PS4 lima hari tapi dia main malam je itu pun paling lama sampai 1 pagi. Lagipun, dia bukan kaki lepak, selalu je dekat rumah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain