suria

Wanita 'fed up' lepas balik dari Jepun, sana sini borak pasal kahwin macam dah tak ada topik lain... Jodoh lambat pun nak risau

Seorang wanita rasa kurang senang dengan pemikiran rakyat Malaysia tentang perkahwinan. -Gambar hiasan

LAMBAT bertemu jodoh antara masalah atau isu yang menjadi kebimbangan bagi kebanyakan rakyat di negara ini.

Seorang pelayar TikTok, Alia, bercakap mengenai topik ini di mana ramai rakyat Malaysia dilihat terlalu terkejar-kejar untuk berkahwin awal.

Dia yang sebelum ini menetap selama lima tahun di Jepun berpandangan, terdapat perbezaan mentaliti dan budaya yang ketara antara Malaysia dengan negara matahari terbit itu dari segi perkahwinan.

"Sejak saya balik ke Malaysia, saya rasa vibe sudah lain tau. Saya tengok sekeliling termasuk media sosial macam mengetengahkan bab kahwin.

Alia meluahkan pendapat mengenai topik kahwin di TikTok.

"Semasa saya dekat Jepun selama lima tahun, saya tak rasa semua tekanan tu. Saya tak rasa orang di sekeliling dekat Jepun tu ketengahkan sangat fasal kahwin. Sikit-sikit tu ada la.

"Tapi mereka tak menggatal. Kalau ada pun memang sikit-sikit je, memang tak reti menunjuk la. Jadi bila saya sudah dekat sini (Malaysia), rasa macam apa ni... semua fasal kahwin," ujarnya.

Jelas Alia, menerusi pemerhatiannya, perkongsian di media sosial terlalu banyak menjurus dan 'berpaksikan' mengenai kehidupan berumah tangga.

Pada pandangannya, perkahwinan tidak seharusnya dipandang sebagai topik perbualan utama atau dianggap sebagai cara untuk menyelesaikan masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak sangat kahwin tahun depan, wanita kumpul kekuatan pinang bekas teman lelaki... Dulu putus kerana terlalu sibuk

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu buat pendedahan mengejutkan tetamu! Anak lelaki tak jadi kahwin, pasangan batal nikah saat akhir... Majlis resepsi bertukar doa selamat

"Tengok dekat TikTok pun fasal kahwin. Tak ada content lain ke. Lepas tu kalau berborak pun fasal jodoh... jantan. Cerita la pula fasal ekonomi.

"Tak ada la kan, macam banyak sangat la. Sikit-sikit lelaki... sikit-sikit kahwin. Bukan nak cakap saya tak ada perasaan nak ada hubungan ke apa, tapi sudah macam banyak sangat.

"Kenapa orang Malaysia suka sangat nak kahwin. Kau ingat semua masalah boleh selesai dengan kahwin? Saya bukan jealous tapi bosan," katanya lagi.

Meskipun begitu, dia menegaskan tidak bermaksud menentang mana-mana individu atau dirinya sendiri untuk mendirikan rumah tangga.

Saya bukan nak menggalakkan orang jangan kahwin. Kahwin la sebab tu fitrah dan digalakkan dalam Islam.

ALIA

Jelasnya, dia sekadar bimbang sekiranya lambat bertemu jodoh bakal memberi tekanan kepada individu bujang.

"Saya bukan nak menggalakkan orang jangan kahwin. Kahwin la sebab tu fitrah dan digalakkan dalam Islam. Saya pun ada fitrah nak berpasangan dan kahwin.

"Tapi tak nak la hidup saya bertujuan untuk benda (kahwin) tu saja. Jodoh lambat, rasa sedih diri tak laku. Jangan la begitu ya kawan-kawan," jelasnya.

Perkongsian Alia mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapatnya.

Malah, wanita ini turut bersetuju dengan luahan seorang warga maya mengenai trend menunjukkan pasangan masing-masing menggunakan lagu Rahsia Tuhan, oleh artis Noh Salleh.

"Macam hidup ni matlamat hanya kahwin je.

"Yang single jom kita pindah ke Jepun.

"Asal 'rahsia Tuhan' je kahwin, 'rahsia Tuhan' je jodoh. 'Rahsia Tuhan' je kahwin dengan crush. Itu je topiknya," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain