ANAK merupakan anugerah terindah bagi setiap pasangan yang berkahwin. Malah dikurniakan anak menghidap autisme juga tidak menjadi masalah bagi pasangan yang menghargai dan mensyukuri nikmat Allah SWT. Namun tidak dinafikan, anak istimewa ini memerlukan lebih perhatian berbanding kanak-kanak normal. Kanak-kanak bergaul bersama rakan sebaya. -Gambar hiasan Menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang ibu meluahkan tentang perkembangan anak lelakinya berusia tujuh tahun yang menghidap autisme. "Semalam anak autistik saya nak pergi ke tandas. Masa dia tengah nak buka pintu tandas, dia nampak bapanya tengah solat kat bilik sebelah. "Tiba-tiba dia cakap... daddy solat. Saya terkesima sekejap," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Anak autisme baring hujung kaki, bapa tiri halau sambil tendang kepala! Ibu menyesal kahwin baharu, zuriat istimewa didera depan mata ARTIKEL BERKAITAN: Main ramai-ramai, tak lama kemudian ditinggalkan seorang! Bapa anggap pakaikan anak baju ‘I have austism’ silap besar Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarinya, wanita berkenaan tampil mendedahkan tentang sikap dan tingkah laku anaknya itu. Difahamkan si kecil itu sebelum ini belum boleh bercerita atau menjelaskan tentang sesuatu perkara. Saya tidak sabar untuk mendengar dia berkongsi mengenai hari-harinya selepas sekolah, bermain atau apa-apa saja pengalaman. IBU "Sebelum ni dia tak pernah nak sebut benda-benda di sekitar dia terutamanya apa yang orang lain sedang buat. "Selalunya dia 'mengungkapkan objek' je. Adakah ini permulaan dia untuk mula bercerita? "Saya tidak sabar untuk mendengar dia berkongsi mengenai hari-harinya selepas sekolah, selepas bermain atau apa-apa saja pengalaman, insya-Allah," katanya yang bersyukur dengan perkembangan itu. Seorang ibu memantau perkembangan anaknya di rumah. -Gambar hiasan Tambah wanita itu, dia bersyukur keputusan mendedahkan anaknya dengan program intervensi awal (EIP) dan sesi terapi akhirnya menyaksikan banyak perkembangan positif. Jelas si ibu lagi, ini termasuklah anak lelakinya kini mampu untuk berkomunikasi secara dua hala dengan individu lain. "Anak saya dah ada komunikasi dua hala. Banyak sangat perkembangan yang baik daripada segi bercakap dan skil komunikasi dia. "Mixed feelings, tapi keseluruhannya saya bersyukur sangat. Alhamdulillah," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube