suria

Mentua kaki pusing, guna suami ambil ‘personal loan’ buat rumah... Lepas siap ipar-duai ‘rasmi’ dulu, pemilik disuruh pindah!

Ramai yang terjerat dengan hutang pinjaman bank kerana niat mahu membantu keluarga. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan semestinya mempunyai impian untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

Proses untuk memilikinya juga tidak mudah kerana memerlukan peruntukan kewangan yang bukan sedikit jumlahnya.

Bayangkan betapa kecewanya perasaan apabila rumah yang diimpikan akhirnya bertukar tangan selepas segala pengorbanan dicurahkan, sebagaimana kisah yang dialami wanita ini dan suaminya.

"Ceritanya macam ni, suami saya buat personal loan sebab bapanya janji nak buat rumah untuk suami saya. Rumah tu besar.

"Bapanya cakap itu rumah suami saya, dan sebelah lagi katanya rumah abang suami saya.

"Dijadikan cerita, duit tak cukup untuk siapkan rumah tu, jadi bapa mentua minta pertolongan suami saya untuk buat personal loan untuk selesaikan," kongsinya dalam satu laman grup Facebook.

House model with agent and customer discussing for contract to buy, get insurance or loan real estate or property....

Kebanyakan individu membuat pinjaman bank untuk membeli rumah bagi menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga. -Gambar hiasan

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, sebagaimana pasangan lain, dia dan suami turut teruja membuat persiapan dan membeli perabot untuk kediaman baharu mereka.

"Saya dan suami beli cat, kipas, lampu, sofa, almari dan peralatan dalam rumah. Apabila rumah dah siap, kami belum sempat duduk lagi, mak mentua cakap nak tumpang duduk. Adik-beradik suami semua pindah duduk dalam rumah kami tu," luahnya.

Ujarnya, dia dan suami serba salah untuk menolak kemahuan tersebut kerana memikirkan darah daging sendiri.

Biarpun kecewa, dia dan suami akhirnya mengambil keputusan untuk mencari kediaman lain demi keselesaan dan privasi keluarga kecil sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup ‘single’, wanita kena tanggung beradik perempuan dah kahwin... Adik ipar malas kerja, tagih ihsan beli lampin anak

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa sendiri toksik, hanya tahu minta duit... Wanita hidap MDD stres, mujur ada mentua tempat bergantung

"Kami pun beli rumah lain... hutang lagi dengan bank. Jadi sekarang dah ada dua loan dengan bank. Bapa mentua janji nak bayar semula hutang personal loan suami tu, tapi sampai hari ni senyap. Apabila kami minta, duit tak ada katanya.

"Setiap kali minta, macam-macam bapa dan mak mentua bagi alasan," kongsinya lagi namun tidak menyatakan jumlah pinjaman yang kini ditanggung mereka.

Selagi bapa mentua hidup, uruskan cepat-cepat tukar nama tanah tu. Nanti dia dah masuk kubur, lain cerita.

NETIZEN

Apa yang menyedihkan ujar wanita itu, keadaan rumah yang sepatutnya menjadi miliknya dan suami benar-benar kelihatan tidak terurus dan kotor.

"Rumah kami tu mereka tak jaga baik, sofa pun sampai patah, bersepah gila, sampah-sampah tak buang... saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Orang dalam rumah tu semua dah besar dewasa.

"Nak bersuara takut ada yang terasa hati. Kami ada juga bagi idea, suruh minta abang suami bayar sama loan tu memandangkan dia duduk rumah sebelah... dia dapat rumah free je.

"Tapi bapa mentua cakap jangan, sebab loan ni dia dan suami yang bincang bersama tanpa melibatkan abang ipar.

"Rumah dia jauh lebih cantik. Biras siap cakap, rumah dia privacy, tiga beranak je yang boleh duduk. Sedangkan kami yang susah-payah bayar hutang ni, tapi tak dapat apa. Tak adil langsung," luahnya lagi.

komen rumah

Netizen memberikan pelbagai cadangan sebagai penyelesaian kepada situasi individu berkenaan.

Perkongsian wanita berkenaan ternyata mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang dialaminya.

Malah, ada antara mereka yang tampil memberi cadangan sebagai solusi kepada situasi yang dialaminya.

"Heret ayah mentua, bawa suami pergi pejabat tanah. Terus tukar nama on the spot tanah tu.

"Minta mana-mana tanah yang nilainya sama dengan nilai personal loan. Tukar terus kepada nama suami.

"Selagi bapa mentua hidup, uruskan cepat-cepat tukar nama tanah tu. Nanti dia dah masuk kubur, lain cerita.

"Kawan-kawan toksik kita boleh buang, tapi famili toksik sampai bila-bila kita kena hadap. Moga Allah bagi jalan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain