suria

“Kahwin je la dengan orang lain!” - Wanita melenting, suruh encik tunang cari pengganti... Lima tahun ‘ikat’ tapi belum sedia

Ikatan pertunangan merupakan fasa yang dipenuhi dengan ujian dan cabaran. -Gambar hiasan

RAKAMAN perbualan antara seorang lelaki dan wanita di dalam sebuah kereta tentang hala tuju hubungan mereka menarik perhatian ramai selepas ia dikongsikan di TikTok.

Menerusi rakaman video daripada telefon secara tersembunyi itu, situasi tegang tercetus selepas lelaki berkenaan mempersoalkan tempoh pertunangan mereka yang sudah menjangkau lima tahun tanpa sebarang perkembangan ke arah perkahwinan.

"Saya nak tanya soalan serius sikit boleh tak? Tadi ibu saya call, dia tanya bila (kita) nak kahwin? Sudah bertunang sampai lima tahun dah. Tak nak kahwin ke?," ujarnya.

Tangkap layar dikongsikan lelaki ini di TikTok.

Namun soalan tentang perkahwinan itu mencetuskan rasa kurang senang pasangannya yang mula melenting.

Sebagaimana dapat didengar daripada rakaman itu, si wanita memberi alasan bahawa dia masih lagi belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

"You... benda ni kita dah bincang banyak kali. You ni asyik kahwin, kahwin, kahwin la! Kan I dah cakap I tak ready.

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat menangis sambut kelahiran anak teman lelaki... Nama dalam buku ‘pink’ bongkar segala penipuan!

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali terlanjur, wanita nak nikah enggan lagi buat dosa... Tunang ugut langgan pelacur jika tolak permintaan

"Bagi la saya bersedia dulu. Bagi masa sikit saja lagi. Masalahnya I belum bersedia. Kenapa nak paksa-paksa?," kata wanita itu dalam nada marah.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut turut mencabar tunangnya untuk mencari orang lain jika tidak mahu terus menunggu.

"Kalau you nak cari orang lain, cari la... kahwin je la dengan orang lain," tegas wanita itu lagi.

Kami cadangkan agar pertunangan yang dilangsungkan sebaik-baiknya dipendekkan tempoh masanya... elak sebarang bentuk maksiat.

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Bagaimanapun lelaki berkenaan yang kelihatan kecewa hanya mampu membalas dengan luahan isi hatinya.

"Lima tahun tu bukan sekejap sayang. Apa-apa boleh berlaku," katanya.

Video itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan membuat spekulasi sendiri selepas mendengar perbualan mereka.

Ada yang menyokong si wanita kerana ingin bersedia sebelum memikul tanggungjawab sebagai isteri, tetapi tidak kurang juga yang berpihak kepada lelaki tersebut.

"Laju je suruh cari orang lain. Lima tahun bertunang tak sedia nak kahwin. Aneh-aneh je.

Komen netizen di TikTok.

"'Gerak je la bang. Tengok dia punya jawapan pun dah tahu. Semoga dipermudahkan urusan.

"Lamanya bertunang. Tak berani nak keruhkan keadaan. Semoga yang baik-baik saja untuk anda.

"Ada benda tak kena tu kalau macam-macam alasan dan siap suruh cari orang lain. Bertunang lima tahun tu tempoh lama sangat," demikian komen netizen.

Sebagai pelajaran bersama, laman web Pejabat Mufti Wilayah persekutuan pernah mengulas tentang isu pertunangan.

"Kami cadangkan agar pertunangan yang dilangsungkan sebaik-baiknya dipendekkan tempoh masanya hanya beberapa minggu atau sebulan dua sahaja.

"Ini kerana, matlamat asal adalah perkahwinan dan mengelak sebarang bentuk dan pintu yang membawa kepada maksiat," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain