IBU kepada kanak-kanak yang menangis dan meraung dalam feri pada Rabu lepas mengakui berasa tertekan dengan video berkaitan anaknya yang dimuat naik di media sosial.
Menerusi kenyataan di TikTok, wanita itu mendakwa lelaki yang berkongsi video tersebut telah memutar belit cerita atau kes yang berlaku ketika dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah itu.
Bukan semua orang dewasa menyukai kanak-kanak menangis. -Gambar hiasan
"Umur dia baru dua tahun empat bulan, bukan kanak-kanak yang berumur lima hingga enam tahun macam kamu katakan.
"Lepas tu kamu putar lagi cerita kata dia menangis sampai sejam lebih dalam feri? Dia hanya menangis anggaran 20 minit sahaja tu pun bukan menangis secara berselang seli," katanya.
Katanya lagi, anaknya itu kemudian tertidur sehingga feri tiba ke jeti.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri bengang budak meraung dalam feri! Anggap mak ayahnya tak pandai ajar anak, terlalu berlembut sampai dipijak kepala
ARTIKEL BERKAITAN: Bengang budak meraung dalam feri, salahkan mak ayah... Lelaki mohon maaf, harap orang ramai tak hukum isteri
"Dekat atas feri tu ada kamera litar tertutup (CCTV) kalau kamu nak kata kami menipu.
"Untuk pengetahuan kamu, kami dah usaha bermacam-macam cara untuk diamkan dia, bukan biarkan dia menangis tanpa dipujuk," katanya.
Saya cam sangat muka lelaki yang toleh ke belakang pandang kami.
IBU
Menjawab persoalan netizen tentang kemungkinan kanak-kanak yang dimaksudkan lelaki terbabit adalah anak individu lain, wanita itu mengesahkan hanya anakya sahaja menangis pada hari kejadian.
"Ada bayi lain juga waktu tu tapi yang menangis hanya anak saya seorang dan saya yakin 100 peratus tu suara anak saya (dalam video).
"Saya cam sangat muka lelaki yang toleh ke belakang pandang kami waktu anak tengah menangis," katanya.
Reaksi netizen dan jawapan balas ibu kanak-kanak.
Rabu lepas, tindakan seorang lelaki memuat naik video menghentam ibu bapa yang membiarkan anak meraung dalam feri dikecam netizen.
Disebabkan budak tersebut terlalu lama menangis, didakwa lebih dari sejam, mereka suami isteri berasa tidak selesa.
Namun, beberapa hari kemudian dia memohon maaf dan berharap orang ramai tidak menghukum isterinya kerana kenyataan yang dibuat melibatkan dirinya sahaja.