suria

Penat sekalipun Liza Abdullah tetap solat tarawih, itulah nikmat Ramadan

Liza rebut peluang tambah pahal di bulan Ramadan.

SETIAP kali bulan Ramadan, pelakon Liza Abdullah memberitahu solat tarawih merupakan antara ibadah sunat yang akan dilakukan.

Penat atau sibuk sekalipun, Liza atau Norliza Abdullah, 61, berkata dia tetap berusaha menyempurnakan ibadah yang hanya perlu dilakukan sebulan sekali sahaja itu.

"Tarawih adalah hadiah terbesar Allah beri pada kita, ia istimewa sebab setahun hanya sebulan sahaja.

Liza tetap solat tarawih walau penat macam mana sekalipun.

"Jadi penat macam mana pun selepas pulang bekerja saya tetap akan buat.

"Saya sayang Ramadan kerana tarawihnya, paling penting istiqamah nak laksanakan," katanya kepada mStar

Berkongsi kekuatan menjalani ibadah di bulan puasa, Liza memberitahu dia menganggap dirinya di dunia hanyalah untuk bekerja dan mencari bekalan pahala buat akhirat kelak.

Malah, Liza menganggap doa adalah antara sumber kekuatannya untuk sentiasa kuat melakukan ibadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi pementasan teater ‘Nyonya’, Liza Abdullah kembali sarung kebaya selepas 30 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu teman di set penggambaran, anak Liza Abdullah terima banyak tawaran lakonan… “Tapi saya mahu jaga mak”

"Bila dah makin berusia ni memang cepat penat, kadang-kadang tidur pun tak cukup.

"Tapi kena ingat yang dunia ini bukan tempat berehat sebaliknya di syurga nanti rehatlah puas-puas.

"Bagi saya dunia ni tempat untuk kita manusia ni kejar akhirat, doa pada Allah agar sentiasa diberikan kekuatan selalu," jelasnya.

Liza rebut peluang gandakan pahala di bulan Ramadan.

Dalam perkembangan lain, Liza antara selebriti yang memeriahkan acara AmBank Fiesta Raya.

Acara iti dilakukan bersempena sambutan ulang tahun AmBank Fiesta Raya ke-50 bermula 28 Feb sehingga 29 Mac di The Street, The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.

Lebih daripada 50 gerai jualan menampilkan pelbagai pilihan fesyen raya, aksesori, makanan tradisional, dan produk eksklusif buatan tempatan. 

Selain Liza, artis lain yang turut serta ialah seperti Zue Eda, Irma Hasmie, Elliza Razak, Maulana dan Kapten Amai

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain