suria

Diejek kerana berdarah kacukan, Nina Kho buktikan wajah eksotik pun boleh sertai ratu cantik

Nina mula sedar kecantikan itu adalah subjektif yang dinilai daripada sudut berbeza.

GARA-GARA memiliki darah kacukan etnik Bidayuh, pelakon Nina Kho mendedahkan dia berdepan pengalaman dibuli sewaktu di bangku persekolahan dulu.

Kata Nina atau Nina Kho Siew Ching, 34, ini kerana dia memiliki paras rupa berbeza dengan kebanyakan pelajar lain menyebabkan dia sering diejek kerana perbezaan fizikal itu. 

“Sebagai individu berbangsa Cina Bidayuh, saya pernah kena buli di sekolah rendah kerana mereka tidak suka saya mempunyai darah kacukan. 

“Kebanyakan pelajar di sekolah itu berbangsa Cina, jadi mereka mengejek penampilan saya katanya saya bermata besar tidak seperti orang Cina lain bermata sepet. 

Nina berkongsi memori pernah dibuli sewaktu dibangku sekolah.

Nina berkongsi memori pernah dibuli sewaktu dibangku sekolah.

“Malah dalam kalangan saudara (sepupu) sendiri mereka tidak suka saya. Jadi saya rasa rendah diri sejak dari kecil lagi,” katanya kepada mStar. 

Nina berkongsi perkara itu berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin. 

Dalam pada itu, Nina memberitahu apabila menginjak usia dewasa, dia mula sedar kecantikan itu adalah subjektif yang dinilai daripada sudut berbeza.

Kongsi Nina, pengalamannya menyertai pertandingan ratu cantik dan sering ke luar negara membuatkan fikirannya lebih terbuka melihat persepsi individu lain terhadap kecantikan seseorang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nina Kho tak kekok bawa watak mualaf, rasa diri nampak cantik pakai hijab

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham tegur pelakon baharu, jika kena buli mengadu kepada pengarah bukan media

“Apabila dewasa, saya banyak ke luar negara dan mendapat pujian kerana dikatakan memiliki kecantikan yang unik. 

“Sebelum itu saya juga pernah menyertai beberapa pertandingan ratu cantik, mereka kata muka saya eksotik. Baru saya tahu apa maknanya kecantikan eksotik. 

“Dari situ saya sedar sebagai perempuan yang pernah dikritik, bukan kerana kita tidak bagus tetapi kita hanya berada di tempat salah. Kalau kita berada di tempat yang benar, kita akan dihargai,” ujarnya.  

Nina bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya tidak berdiam diri sekiranya berdepan dengan masalah buli.

“Saya percaya kalau anda rasa dilayan tidak adil, anda kena bersuara. Anda tidak boleh membenarkan orang lain melakukan buli. 

Nina (dua dari kiri) bersama barisan pelakon filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure.

Nina (dua dari kiri) bersama barisan pelakon filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure.

“Dulu saya macam itu juga (diam), saya hanya menangis tapi sampai rumah saya tak berani beritahu ayah sebab tak nak mereka risau,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Nina bakal muncul dengan filem Raya Emas Salako Sacred Treasure yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 3 April depan. 

Filem yang turut dibintangi oleh Ahirine Ahirudin Winson Voon dan Dunstun Luther Junior ini menceritakan tentang sebuah harapan, keberanian dan penebusan. 

Berlatarbelakangkan hutan hujan Borneo yang subur, filem ini menggabungkan kasih sayang keluarga dan mitos kuno iaitu sebuah penggembaraan supernatural yang menarik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain