suria

Pengalaman sehari berpuasa di Madinah, Izzue Islam pertama kali makan hati dan paru unta

Izzue seronok dapat rasai pengalaman berpuasa di Madinah.

PENGALAMAN sehari berpuasa di Madinah merupakan momen yang tidak boleh dilupakan oleh penyanyi dan pelakon Izzue Islam.

Bagaikan mimpi menjadi kenyataan, Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 35, bersyukur diberikan kesempatam merasai nikmat tarawih, sahur serta berpuasa di Tanah Suci itu.

“Momen istimewa bagi saya untuk tahun ini adalah merasai pengalaman berpuasa di Madinah walaupun hanya sehari kerana itu impian saya.

Izzue pertama kali dapat rasai pengalaman berpuasa di Madinah.

“Alhamdulillah di Madinah puasa jatuh pada 1 Mac dan saya berangkat balik ke Malaysia pada esoknya.

“Jadi walau sehari saja tapi dapat juga merasai tarawih, sahur dan berbuka di sana,” katanya kepada mStar.

Izzue berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media di Padang On Wheels, Shah Alam, Selangor pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam tak campur urusan artis terpalit kontroversi, takut kena ‘tembak’ kalau buat hal

ARTIKEL BERKAITAN: Gugur air mata Izzue Islam fikirkan isteri, janji mahu mati bersama -“Saya mahu dia sentiasa ada depan mata”

Berkongsi cerita itu, Izzue berkata dia tidak dapat melupakan pengalaman menikmati juadah berbuka iaitu hati dan paru unta.

Malah, suasana berpuasa di sana juga sangat berbeza kerana para jemaah dilihat fokus merebut peluang untuk peroleh ganjaran pahala seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.

“Menu berbuka puasa saya di sana pula pun tak dapat dilupakan, saya dan isteri makan hati serta paru unta.

Izzue dan isteri pertama kali tunaikan umrah.

“Itu pertama kali saya makan dan suasana berpuasa di sana sangat berbeza kerana semua orang berkejar-kejar cari pahala di bulan Ramadan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Izzue berkolaborasi bersama penyanyi dan komposer Firdaus Rahmat dalam lagu raya berjudul OSHR!

Lagu tersebut sudah dilancarkan di seluruh platform digital bermula 21 Mac lalu, manakala muzik video (MV) akan dimuat naik pada 28 Mac ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain