suria

Jo Byeong Gyu dituduh buli rakan sekolah lagi… akhirnya agensi buka mulut, mohon polis cari kebenaran

Jo Byeong Gyu nafi terlibat dalam kes buli semasa zaman sekolah.

AGENSI pengurusan pelakon Jo Byeong Gyu iaitu HB Entertaiment tampil menafikan tuduhan kononnya artis naungan mereka melakukan jenayah buli kira-kira 10 tahun lalu.

Menurut wakil HB Entertainment, pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang membuat fitnah tidak berasas itu kerana mencemarkan nama selebriti itu.

"Untuk mengambil tindakan tegas terhadap tohmahan dibuat ke atas Jo Byeong Gyu, syarikat akhirnya memohon polis menjalankan siasatan terhadapnya.

"Kami tidak boleh membiarkan tohmahan-tohmahan tersebut berleluasa, maka kami bertanggungjawab tanpa prejudis terhadap apa jua keputusan siasatan itu nanti," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Selasa, Soompi melaporkan tular satu hantaran yang dibuat di laman forum tempatan mengatakan berlakunya kejadian buli beramai-ramai.

Insiden tersebut dikatakan berlaku ketika mereka belajar bersama-sama di Westlake High School bertempat di New Zealand lebih kurang 10 tahun lalu.

Untuk rekod, ini kali kedua pelakon itu berhadapan tuduhan buli selepas menafikannya ketika berlakon di dalam drama JTBC Sky Castle, dua tahun lalu.

Pada 2018, seorang individu mengaku teman sekelas Jo Byung mendakwa kerap melihat aktor ini berkelakuan kasar dan menghina rakan-rakan yang lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain