suria

Diheret ke mahkamah kerana tumbuk peminat

Amy dihadapkan ke mahkamah kerana menumbuk seorang peminat.
Amy dihadapkan ke mahkamah kerana menumbuk seorang peminat.
Amy dihadapkan ke mahkamah kerana menumbuk seorang peminat.

PENYANYI yang selalu mencari kontroversi murahan, Amy Winehouse terpaksa membatalkan persembahannya di Amerika bulan depan kerana beliau terpaksa hadir di mahkamah bagi satu pertuduhan menyerang peminatnya.

Jurucakap Amy berkata, Winehouse tidak akan ke Coachella Festival di Indio, California "disebabkan masalah undang-undang."

Winehouse telah dicaj di mahkamah minggu lepas kerana didakwa menyerang peminatnya di sebuah parti yang diadakan di London pada bulan September tahun lalu. Penyanyi itu dijangka ke mahkamah untuk menjawab pertuduhan ini pada 17 Mac.

Seseorang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah tidak boleh mendapat visa ke Amerika.

Perlakuan ganjil Winehouse, juga sikapnya yang selalu ketagihan dadah sering mendapat liputan media.

Tahun lepas. kerajaan Amerika tidak meluluskan visanya untuk menghadiri anugerah Grammy tetapi keputusan itu dibatalkan di saat akhir namun ianya terlalu lewat.

Pada hari Khamis minggu lepas, Amy telah dengan rela hati menyerah diri kepada pihak polis di London.

"Ketika Amy menyerah diri itulah, beliau telah ditangkap dan di caj secara rasmi atas kesalahan yang dilakukannya tahun lepas.

"Dia juga telah disoalsiasat berhubung dakwaan yang mengatakan dia telah memukul peminatnya di parti yang diadakan di Berkeley Square tahun lepas," kata jurucakapnya.

Menurut sumber, seorang penari yang juga peminat Amy, telah meminta autograf darinya tetapi tidak semena-mena, penyanyi soul Britain itu telah menumbuk matanya. Kejadian itu berlaku pada 26 September.

Amy telah dibebaskan pada hari Jumaat dan akan masuk mahkamah pada 17 Mac ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain