Emma selalu dibandingkan dengan ibu saudaranya Julia Roberts.MESKIPUN usianya baru 18 tahun, aktres yang sedang meningkat naik namanya Emma Roberts terpaksa menghadapi tekanan apabila sering dibandingkan dengan ibu saudaranya yang terkenal, Julia Roberts."Ada ornag yang melihat saya dan berkata..."Oh dia itu hanya anak saudara Julai Roberts. "Saya tidak mahu bersaing dengannya kerana dia dalah pelakon terkenal di dunia. Saya hanya berlakon kerana saya sukakan bidang ini, Itu saja," kata Emma.Mungkin bakatnya belum sehebat Julia, Emma telah mula menapak dalam industri ini dengan berlakon dalam filem-filem bercorak keluarga seperti "Hotel for Dogs," "Nancy Drew" dan "Aquamarine".Filem terbarunya, "Lymelife" kemungkinan besar akan membuktikan kehebatan Emma. Ianya turut dibintangi oleh Alec Baldwin, Cynthia Nixon dan Timothy Hutton.Filem ini berkisarkan drama antara dua buah keluarga yang menjadi porak peranda hanya kerana masalah hartanah dan hubungan yang rapuh dan berlatarbelakangkan sebuah pulau Long Island pada tahun 1970an."Saya hanya mahu lakukan sesuatu yang kecil tapi berkesan."Sesuatu yang membuktikan saya adalah seorang aktres," kata aktres yang cukup meminati ahli muzik ini.