SHAH ALAM: Muhammad Arif Dollah yang juga bekas bapa tiri Juara Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) iaitu Sufi bersedia memaafkan penyanyi itu sekiranya dia tampil membuat permohonan maaf berhubung fitnah dilakukan. Arif, 30, berkata, jika Sufi berbuat demikian, sebagai manusia mungkin dia akan berlembut hati biarpun maaf itu tidak dibuat secara terbuka. "Kalau dia minta maaf terhadap apa yang dia kata mungkin saya akan berlembut hati biarpun tidak secara terbuka," ujarnya kepada mStar Online. Arif ditemui pada sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar berhubung tuduhan Sufi atau nama sebenrnya Muhammad Sufie Rashid, 24, yang mendakwa Arif melakukan serangan seksual sebelum ini. Sidang media berkenaan diadakan di Restoran Munif Hijaz Papero di sini, Isnin. Sufi diumumkan sebagai juara AF 2015. Terdahulu media di Singapura pada hujung Mac lalu melaporkan Muhammad Arif telah ditahan polis bagi membantu siasatan selepas pihak berkuasa negara itu menerima dua laporan berhubung kejadian gangguan seksual yang dibuat oleh penyanyi Indonesia iaitu Tegar dan bekas anak tirinya itu. SILA KLIK: Niat Mahu Membantu, Sufi Akur Kes Gangguan Seksual Gugur Dalam perkembangan sama Arif terus mendesak Sufi agar terus mendedahkan kepada umum mengenai dakwaannya itu seperti yang diperkatakannya sebelum ini. Arif tidak mahu Sufi berdiam diri berhubung isu itu sedangkan dia yang mula membuka fitnah berkenaan. "Saya cabar dia untuk melawan dan buktikan kebenaran apa yang didakwanya sebelum ini," katanya. Sementara itu, Arif berkata, jika benar dia melakukan gangguan seksual terhadap Sufi, penyanyi berkenaan mempunyai peluang untuk melaporkannya kepada pihak polis ketika dia berpisah dengan bekas isterinya pada 2011. Jelas Arif, dia berkahwin dengan ibu Sufi yang dikenali sebagai Irma Suriana Mahamud pada 2007 namun hanya diketahui keluarga selepas setahun mereka berumah tangga. Arif Dollah tetap akan menyaman Sufi. "Ibunya pernah membuat laporan polis terhadap saya ketika kami berpisah pada 2011 dengan mendakwa saya melakukan keganasan rumah tangga. "Mengapa ketika itu Sufi tidak melaporkan sekali tentang dakwaan saya melakukan perbuatan terkutuk terhadapnya? "Dia mempunyai peluang besar untuk berbuat demikian kerana ketika itu dia memang berdendam dan tidak sukakan saya kerana mengahwini ibunya," jelas Arif.