PETALING JAYA: Enam pelawak terkenal iaitu Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Syuk bakal bertarung di pentas Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB) yang akan berlangsung pada Ahad ini. Program terbaharu terbitan Media Prima ini bakal membawakan penonton melihat medan peperangan lawak era baharu. Pengurus Besar, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Zurina Othman berkata, barisan peserta BBB 2018 ini merupakan nama-nama besar yang tidak asing dalam dunia lawak. Menurutnya lagi, sebagai stesyen penyiaran nombor satu Malaysia, pihaknya sentiasa ingin menawarkan pelbagai variasi program hiburan menarik untuk disajikan penonton di hujung minggu. BMB 2018 bakal menemui penonton bermula Ahad ini. “Sebagai stesyen penyiaran nombor satu Malaysia, TV3 sentiasa menawarkan pelbagai variasi program hiburan menarik untun tontonan semua. “Barisan BBB 2018 merupakan nama-nama besar yang tidak asing lagi dalam arena lawak tanah air yang akan memberikan jenaka tang mencuit hati. “Pastinya dengan program jtu, penonton dapat meluangkan masa bersama keluarga sebelum mengakhiri cuti hujung minggu,” katanya. Para peserta BBB 2018 ini ditemui ketika majlis sidang media yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre, Petaling Jaya pada Selasa. Setiap peserta harus mempersembahkan sketsa dan ‘punchline’ selama empat minit tiga puluh saat serta lagu berdurasi dua minit tiga puluh saat yang telah diolah menjadi kelakar mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing. Abam. Dalam pada itu, peserta juga dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka. Sistem pemarkahan dibahagikan kepada dua bahagia iaitu 70 peratus daripada panel juri yang diketuai oleh Saiful Apek serta juri jemputan dan 30 peratus undian atas talian. Tiada penyingkiran yang akan dilakukan pada setiap minggu namun pemenang mingguan akan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. Manakala, pada peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang pemenang keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. Program yang menampilkan AG sebagai pengacara itu akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam bermula pukul 10 malam.