SELEPAS dua hari dilahirkan, pelakon Shaheizy Sam berkongsi wajah dan nama anak ketiganya menerusi satu hantaran di media sosial miliknya pada Rabu. Bayi perempuan seberat 3.05 kilogram yang dilahirkan isterinya Syatilla Melvin secara pembedahan itu diberi nama Salama Samheizy. ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin lahir anak ketiga pada 8 Syawal, Shaheizy Sam teman di dewan bersalin ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kali keguguran, Shaheizy Sam umum Syatilla hamil tiga minggu - “Kali keenam... doakan bertahan cukup sembilan bulan” "Assalamualaikum... Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam di sini. "Jadilah yang terbaik wahai duniaku, aku akan menjadi sahabat terbaikmu," tulis Sam. Jadilah yang terbaik wahai duniaku, aku akan menjadi sahabat terbaikmu SHAHIEZY SAM PELAKON Syatilla selamat melahirkan bayi perempuan tersebut kira-kira pukul 11 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Sam turut memberitahu Syatilla akan menjalani proses berpantang di Melaka bersama ibunya iaitu pelakon Khaty Fauziah yang kini menetap di sana. Sam dan Syatilla bersama dua anak mereka. Untuk rekod, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI