suria

PU Riz minta jangan sebar gambar arwah Adibah Noor tidak tutup aurat

PU Riz nasihat tidak kongsi gambar arwah tidak menutup aurat.

PEMERGIAN penyanyi Adibah Noor pada malam Sabtu mengejutkan dunia hiburan terutamanya rakan-rakan artis dan peminat.

Ramai yang memuat naik foto Allahyarham bagi mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraannya.

Bagaimanapun, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau PU Riz menegur netizen agar tidak berkongsi foto penyanyi itu ketika tidak menutup aurat semasa hidupnya.

"Saya mohon kepada semua yang mengenali arwah, minta jasa baik agar tidak kongsikan gambar arwah yang tidak menutup aurat. Cukup sekadar sedekah Al-fatihah.

Cukup sekadar sedekah Al-fatihah.

PU RIZ

PENDAKWAH

"Jangan kita sebarkan perkara yang tidak perlu. Pesanan ini khas buat diri saya yang sering terlupa sekian. Salam," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Haris turut memuat naik sebuah dalil sebagai rujukan untuk kita tidak berkongsi sesuatu yang bersifat mungkar.

"Barangsiapa yang mengerjakan dalam Islam Sunnah yang baik maka a mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengkutinya tapa mengurangi pahala orang yang mengikutinya sedikitpun.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fazley Yaakob terkilan tak sempat tunai permintaan Adibah Noor... Masih ingat ayat ‘I'm not well my dear’ semasa GV8

PU Riz

PU Riz berkongsi perkara itu di Instagram.

"Dan barangsiapa yang mengerjakan dalam Islam Sunnah yang jelek maka a mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya tapa mengurangi dosa orang yang mengikuti mereka sedikitpun." (HR. Muslim no. 1017)," demikian perkongsiannya.

Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas dan kanser ovari tahap empat.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Permai pada pagi, Ahad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain