suria

Sebulan terlantar di hospital, Norlida Ahmad sudah dibenarkan pulang... Luka pembedahan buah pinggang bernanah semakin pulih

Anak syukur ibunya kembali pulih.

ANAK pelakon era 80-an, Norlida Ahmad menarik nafas lega apabila ibunya dibenarkan pulang ke rumah selepas hampir sebulan menerima rawatan di Hospital Tunku Jaafar, Seremban.

Anak perempuan Norlida iaitu Ally Marisha berkata, ibunya semakin pulih malah sudah mampu bergerak seperti biasa.

"Alhamdulillah, ummi dah dibenarkan pulang bulan lepas (November) lagi. Keadaannya semakin pulih. Luka pembedahan pun dah mengecil.

2314305

Connie mula terima rawatan sejak Ogos lalu.

"Insya-Allah selepas pulih, ummi akan kembali jalani penggambaran dan mula mengajar macam biasa," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Norlida atau lebih mesra dengan panggilan Connie terpaksa menjalani pembedahan membuang nanah kali kedua pada bahagian buah pinggang selepas pembedahan kali pertama gagal disebabkan berlaku komplikasi.

Ally bagaimanapun masih bimbang dengan keadaan ibunya dan masih mengawasi pergerakkan aktres berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Demam tak surut, pelakon era 80-an Connie derita buah pinggang bernanah

ARTIKEL BERKAITAN: Norlida Ahmad jalani pembedahan buah pinggang kali kedua, 400ml nanah berjaya dikeluarkan

Malah dia juga meletakkan tempoh beberapa bulan lagi untuk memastikan keadaan ibunya benar-benar pulih.

"Saya tak bagi ummi aktif sangat... saya nak dia benar-benar sembuh dulu.

"Mungkin lagi empat atau lima bulan baru dia boleh kembali jalani rutin dia sebelum ini," kongsinya.

Terdahulu, mStar melaporkan dramatis itu mengalami demam berpanjangan sebelum mendapat rawatan lanjut di hospital pada 12 Ogos 2023.

Selepas seminggu menerima rawatan, doktor memaklumkan Norlida menderita masalah buah pinggang bernanah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain